24 September, 1999
Pengarah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Profesor Datuk Dr Khalid Abdul Kadir, menafikan laporan Utusan Meloya dan Berita Hairan, bahawa Datuk Seri Anwar tidak mengalami keracunan arsenik.
Kenyataan ini secara sah bahawa kedua-dua akhbar itu cuba memutarbelitkan isu dan orang Melayu dengan menimbulkan kontroversi di kalangan masyarakat Melayu Malaysia. Justeru itu akhbar yang sudah berjuta kali membohong itu nyata hilang kredebilitinya dan tidak perlu menjadi rujukan masyarakat Malaysia kerana amat tidak relevan.
Kedua-dua akhbar itu dalam laporannya memetik Dr Khalid sebagai berkata bahawa siasatan awal HUKM mendapati tidak terdapat tanda-tanda jelas yang menunjukkan bahawa Datuk Seri Anwar mengalami keracunan arsenik.
Menurut Dr Khalid, pihak hospital hanya dapat membuat laporan atau keputusan muktamad mengenai kes keracunan arsenik Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengetahui semua keputusan ujian makmal.Ketika ini beliau dan para doktor HUKM masih menunggu semua keputusan ujian makmal yang lengkap sebelum membuat ataupun mengeluarkan apa-apa laporan ataupun keputusan yang muktamad
Dr Khalid berpendapat Utusan Meloya dan Berita Hairan telah mensensasikan tajuk berita yang tidak tepat sama-sekali. Beliau juga berkata pelbagai tuduhan dan andaian telah dibuat yang mengatakan bahawa pihak HUKM sengaja melengah-lengahkan siasatan dan seterusnya melambat-lambatkan tarikh perbicaraan.
Ini adalah tidak sepatutnya berlaku kerana pihak HUKM telah bertindak secara profesional dalam usaha untuk mendapatkan bukti-bukti yang kukuh sebelum sampai kepada keputusan akhir yang muktamad.