Politik Malaysia Tambah Hangat!!

24 September, 1999

Media luar negara menyifatkan bahawa situasi politik negara kini menjadi semakin hangat dan ia juga lebih menjelaskan bahawa jurang yang wujud antara Maha Firaun itu dengan DSAI menjadi semakin besar!

Selepas setahun melemparkan tuduhan kesat terhadap satu sama lain, perbezaan antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, dan bekas TPMnya, DSAI, tetap jauh seperti mula-mula mereka bermusuh.

Kedua-dua pemimpin itu pernah membentuk pasukan untuk memimpin salah satu ekonomi Asia yang paling berkembang pesat. Namun kini perhubungan itu dipenuhi dengan pelbagai perbendaharaan kata yang mengandungi perkataan 'bunuh'!

DSAI yang kini menjalani hukuman enam tahun penjara kerana dituduh terbabit dengan rasuah, menuduh musuh politiknya cuba membunuhnya.

Dr Mahathir pula menuduh sekutu DSAI mengancam untuk membunuh setiausaha politiknya, Datuk Aziz Samsuddin.

Dalam perkembangan terbaru, pembohongan oleh akhbar Maha Firaun iaitu Utusan meloya dan Berita Hairan, bahawa hasil ujian  ke atas contoh rambut dan kuku DSAI bahawa beliau tidak mengalami keracunan arsenik lebih memihak kepada DSAI yang semakin jauh lebih baik berbanding kredebiliti Maha Firaun.

Nada kedua-dua pemimpin itu menggambarkan jurang besar yang mula terbuka, selain risiko besar yang kini menjadi pertaruhan.

Baru-baru ini, Maha Firaun itu telah memberikan isyarat bahawa beliau mungkin akan mengumumkan pilihanraya umum kerana pertumbuhan ekonomi yang semakin sihat dan perpaduan golongan pembangkang yang didakwanya semakin rapuh.

Namun tuduhan DSAI bahawa beliau diracun telah membawa kepada gembelengan sokongan pihak pembangkang dan memerangkap kerajaan.

Ahad lalu bantahan di Masjid Negara, Kuala Lumpur telah menarik lebih 10,000 penyokong Datuk Seri Anwar, yang terbesar sejak bekas TPM itu ditahan pada 20 September 1998.

Ekoran dari kemarahan itu, empat parti alternatif bersetuju agar DSAI menjadi Perdana Menteri Malaysia sekiranya pakatan Alternatif, dapat membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum akan datang.

Ini merupakan kali pertama empat parti pembangkang utama -- Parti Keadilan Nasional, Parti Islam se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Rakyat Malaysia (PRM) -- secara rasmi memberi sokongan mereka kepada Datuk Seri Anwar sebagai perdana menteri.

Namun di pihak kerajaan yang berkuasa telah bertindak agresif untuk cuba mengubah suasana politik dengan mendedahkan bahawa DSAI tidak diracun dan memberkas tujuh pemimpin parti Alternatif.

Maha Firaun itu juga cuba mengubah pendirian orang awam dengan berkata penyokong DSAI telah mengancam membunuh setiausaha politiknya, Datuk Aziz Samsuddin. Namun dengan cepat DSWA, isteri Datuk Seri Anwar, memberi kenyataan yang pantas.

"Beliau (Maha Firaunr) telah menggunakan kedudukannya di dalam kerajaan untuk membuat kenyataan sesuka hati tanpa memikirkan akibatnya," ujar DSWA.

"Kami (Keadilan) menyeru Dr Mahathir supaya menghentikan dengan segera sandiwa ranya dan berhenti memberikan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan berhenti menanam bibit-bibit kepalsuan kepada seluruh negara."

Seorang diplomat Barat berkata bantahan itu akan menyebabkan Mahathir menangguhkan tarikh pilihanraya ditangguhkan," katanya. "Namun banyak yang boleh berlaku dari sekarang hingga tahun depan."