Istiharkan Pilihanraya, Jika Benar Rakyat Restui Mahathir

25 September, 1999

Tekanan dan ugutan yang dikenakan oleh kerajaan BN terutama kepada mereka yang jelas tidak mahu bersekongkol dengan Kerajaan, menyebabkan rakyat terus membisu terhadap apa jua isu yang hangat diperkatakan.

Justeru itu dakwaan yang mengatakan bahawa golongan 'majoriti senyap' ini merestui tindakan dan kezaliman kerajaan BN sangatlah dikesalkan.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Khalil Yaakob berkata majoriti senyap masyarakat mahukan BN terus memerintah negara ini. Beliau juga mendakwa bahawa rakyat tidak termakan hasutan DSAI untuk menerima segala kenyataan termasuk beliau mengalami keracunan arsenik baru-baru ini.

Menurut Khalil Yaacob, daripada maklumat balas yang diterima, dakwaan itu tidak menjejas sokongan kepada BN yang semakin bertambah berikutan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ke negeri-negeri baru-baru ini.

Majoriti rakyat ini mahukan negara yang aman damai dan kestabilan politik yang berterusan dan ini hanya dapat dilakukan oleh BN yang mempunyai pencapaian baik dan terbukti, dakwa Khalil seterusnya.

Minda Rakyat berpandangan jika benarlah rakyat tidak terpengaruh dengan apa yang terjadi  di sekitar suasana politik negara sekarang ini, maka lebih baik diistiharkan pembubaran parlimen dan biarkanlah mereka menentukan kerajaan pilihan mereka selepas ini.


KEMBALI