Rakyat Perlu Tunggu Hasil Siasatan?

 25 September, 1999

Tindakan beberapa pihak termasuk laporan akhbar Utusan Meloya dan Berita Hairan disangkal oleh TPM Pak Lah B berhubung dengan kenyataan kesihatan DSAI yang mengalami keracunan arsenik.

Menurut kedua-dua akhbar berbahasa Malaysia itu tiga hari lalu, bahawa DSAI tidak mengalami keracunan arsenik sebagaimana didakwa oleh peguamnya, Karpal Singh, setelah DSAI melalui satu ujian kencing secara 'rahsia' untuk dikaji oleh pihak ketiga yang lebih relevan.

Kenyataan kedua akhbar itu jelas tidak menghormati perasaan keluarga DSAI dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

TPM berkata semalam bahawa setiap pihak termasuk kerajaan perlu menunggu hasil siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mengalami keracunan arsenik, sebelum membuat sebarang kenyataan.


KEMBALI