25 September, 1999
Kenyataan ini diberikan oleh DSWA setelah beliau menziarahi suaminya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras, petang semalam.
DSWA turut mengucapkan terima kasih kepada pihak HUKM dan pakar-pakar perubatan yang telah merawat suaminya itu dengan teliti dan rapi serta juga
sokongan dan doa dari rakyat negara ini.
Isu keracunan arsenik itu ditimbulkan oleh peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar semasa perbicaraan kes liwat membabitkan bekas timbalan perdana
menteri itu pada 10 September lalu, berdasarkan keputusan ujian contoh air kencing yang dilakukan oleh sebuah makmal di Australia pada 26 Ogos 1999.