25 September, 1999
Kelulusan kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) beberapa minggu lalu masih dalam simpanan kemas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak. Demikian menurut sumber dalaman kepada wakil Minda Rakyat.
Tindakan menyimpan keputusan-keputusan ini berkemungkinan sebagai satu strategi biasa, apabila menjelang pilihanraya umum negara. Pada masa lalu, apabila pilihanraya hendak dijalankan, maka barulah kelulusan itu dilepaskan bagi UMNO mengutip dana politiknya.
Walau bagaimana pun tindakan itu ada baiknya dari sudut pilihanraya kerana ia boleh menjelaskan kepada rakyat 'tarikh keramat' itu yang kini adalah rahsia peribadi Maha Firaun sendiri.