Pilihanraya Masih Satu Teka Teki

25 September, 1999

Berkemungkinan satu strategi Mahathir ialah bahawa dengan melakukan cara seadanya ini, maka rakyat akan segera jemu menunggu ketibaan pilihanraya negara. Ia juga berkemungkinan sebagai satu strategi Maha Firaun itu ke atas Parti Barisan Alternatif, untuk melihatnya hancur setelah diserang bertubi-tubi olehnya dan juga Utusan Meloya dan juga Berita Hairan.

Dan pasti dalam kelekaan itu nanti, fikir si maha Firaun itu, maka beliau akan membubarkan parlimen supaya tarikh keramat itu segera membuahkan hasil lumayan kepada cita-cita politiknya. Hj. Mahfuz Omar pernah menyifatkan bahawa jika boleh 'Maha Firaun' itu mahu merahsiakan tarikh itu bukan sahaja dari pengetahuan semua makhluk, tetapi juga rahsia kepada Allah s.w.t.

Menurut sumber dalaman UMNO, tarikh keramat itu akan jatuh pada 27 November, 1999 tanpa diberikan apa-apa alasan. Bagaimana pun dan bila pun ia, kini rakyat negara ini sudah cukup bersedia bagi merealisasikan pertukaran Kerajaan di alaf baru nanti.


KEMBALI