MB Perak Cuba Berpolitik Di Sekolah-sekolah Pula

26 September, 1999

Menteri Besar Perak Tan Seri Ramli Marcos, meneruskan agenda Maha Firaun dengan mengadakan majlis politik dan penerangan UMNO di sekolah-sekolah, iaitu diperingkat belia dan anak-anak sekolah.

Sambil berpolitik itu beliau seringkali dikatakan memaki hamun parti alternatif dan cuba menggambarkan sesautu yang buruk berlaku jika BA memerintah negara ini kelak. Tindakan Ramli Marcos berpolitik diperingkat sekolah berlaku apabila majlis peneranganya yang dibuat di peringkat dewasa dan belia, seringkali menemui kegagalan. 

Dalam majlis seumpama itu jika diadakan di kalangan rakyat biasa, Ramli Marcos seringkali dimalukan. Kejadian di Selekoh minggu lalu, apabila beliau di'booo' oleh rakyat tempatan, merupakan antara pengalaman pahit manis yang pasti tidak dapat beliau lupakan.

Ramli Marcos mendakwa jumlah belia dan pelajar yang terpengaruh dengan elemen pembangkang adalah kecil. Justeru itu usaha melengkapkan mereka dengan maklumat yang betul dan terkini sedang digerakkan. Ramli Marcos mengakui telah mengadakan pertemuan dengan 3,500 orang pelajar dan guru di sembilan daerah di negeri ini bagi memberi penjelasan dan penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan.


KEMBALI






 -- BERNAMA