MAHATHIR FITNAH RAKYAT MALAYSIA

29 September, 1999

PM Maha Firaun menggunakan kesempatan berada di luar negara beritndak memburuk-burukkan imej rakyat Malaysia dengan merendah-rendahkan kemampuan rakyat Malaysia memerintah negara, seandainya memenangi pilihanraya umum negara ke 10 akan datang.

Justeru itu beliau menghasut pihak asing perlu berfikir dengan bijak sebelum memberikan sokongan kepada pembangkang menjelang pilihan raya umum Malaysia yang akan datang. Orang asing seperti dakwaan Maha Firaun juga harus memahami dengan jelas mengenai pilihan strategik yang terdapat pada mereka sebelum memutuskan siapa yang hendak disokong.

Maha Firaun sebaliknya memuji kestabilan gabungan Barisan Nasional pimpinan Umno, yang didakwanya moden, progresif, bertoleransi, liberal dan sudah diuji dengan mempunyai rekod menakjubkan. Sebaliknya PAS menerajui pimpinan yang rapuh kolot terdiri dari Barisan Alternatif yang mengandungi PAS, DAP, PKN dan PRM. 

Maha Firaun itu kemudiaannya mendakwa campur tangan asing menjelang pilihan raya umum ke-10 nanti, telah melebihi tahap semasa pilihan raya umum 1964 apabila Indonesia dan Komunis berusaha menghalang penubuhan Malaysia. 

Mengenai PAS Maha Firaun itu berkata bahawa orang asing mahu mempromosi dan menyokong pembangkang perlu disedarkan mengenai PAS, sebuah parti politik yang mempunyai agenda jelas dan terbuka mengenai versi penubuhan sebuah negara Islam.

Maha Firaun juga menuduh PAS menerima keuntungan daripada tindakannya memecat DSAI. Beliau seterusnya mendakwa PAS ialah parti yang telah mengeksploitasi keadaan itu dan memperolehi kekuatan paling kukuh. 

Dalam kenyataannya Maha Firaun juga menerima PAS sebagai parti fundamentalis Islam, dan dalam masa yang sama ia memfitnah PAS dengan alasan, jika PAS mematuhi asas Islam, hasilnya ialah kecintaan terhadap keamanan dan toleransi terhadap yang lain.

Maha Firaun juga mendakwa bahawa PAS juga tidak mempunyai dasar ekonomi yang diiktiraf selain daripada sekadar menyatakan bahawa ianya harus berlandaskan Islam.

Maha Firaun itu kemudiannya mengugut bahawa cabaran yang menanti di masa depan rakyat Malaysia jika tidak memilih UMNO, Malaysia mungkin menjadi satu lagi Kosovo atau Bosnia Herzegovina.

Mah Firaun juga memfitnah rakyat Malaysia kerana mengadakan rusuhan jalanan, ancaman, keganasan dan kekacauan. Sambil menyifatkan rakyat yang membantah juga mempunyai hak tetapi tanggungjawab kerajaan juga memastikan keamanan akan memastikan segala aktiviti itu dihapuskan. Dengan ertikata lain bahawa rakyat Malaysia sememangnya dinafikan hak bersuara dan membantah.