PBS DAKWA NAMA 'ORANG ASING' DALAM DAFTAR MENGUNDI

29 September, 1999

Pakatan BN dengan orang asing seperti yang selalu dimomokkannya menjadi realiti apabila nama beberapa orang bukan rakyat Malaysia yang gagal mendaftar sebagai pengundi di kawasan Likas semasa tempoh bantahan pada November tahun lalu masih tertera dalam daftar pemilih.

Dr Chong Eng Leong dari Parti Bersatu Sabah (PBS) memberitahu Mahkamah Tinggi semalam bahawa mereka mengundi pada pilihan raya negeri Sabah 12 dan 13 Mac lepas.

Beliau memberi keterangan pada perbicaraan mendengar petisyen pilihan raya yang dikemukakan oleh beliau dan Datuk Harris Salleh, bekas Presiden Parti Bersekutu. Dr Chong, 54 dan Harris, meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan pilihan raya negeri baru-baru ini bagi kawasan Likas adalah tidaksah dan batal. Kedua-dua mereka tewas kepada bekas Ketua Menteri Datuk Yong Teck Lee bagi kerusi Likas. Yong menang dengan majoriti 4,962 undi.

Pada perbicaraan sebelumnya, peguam Yunof Maringking yang mewakili Chong memberitahu mahkamah bahawa pihak yang mengemukakan petisyen akan membuktikan bahawa daftar pemilih itu disahkan secara menyalahi undang-undang dan kewujudan konspirasi.

Dr Chong mendakwa selepas menyemak daftar pemilih, beliau membuat 246 bantahan kepada pegawai pilihanraya, Edward Muji berhubung dengan senarai B daftar itu semasa tempoh bantahan yang diadakan di Majlis Perbandaran Kota Kinabalu, pada 11 Nov 1998.

Dr Chong mendakwa bahawa beliau mendapati bahawa seorang bernama Yaakob bin Saadon (H0559976), yang mempunyai kad pengenalan, namanya tiada dalam rekod Jabatan Pendaftar Negara (JPN) tetapi namanya tercatat dalam daftar pemilih bagi kawasan Elopura. Beliau mengesahkan bahawa Yaakob ialah seorang daripada dua nama yang ditolak semasa tempoh bantahan tahun lalu.

Nama lain yang ditolak ialah Puan Irmah Pantiu, pemegang kad pengenalan bernombor H0557394. Bagaimanapun, namanya tertera dalam daftar bagi kerusi Likas. Chong, yang hadiri semasa tempoh bantahan itu berkata bahawa Puan Irmah had jelas memberitahu di hadapan pegawai pilihanraya bahawa beliau dilahirkan di Indonesia.