29 September, 1999
Para pemimpin BN jangan keterlaluan menghentam rakyat kerana menyokong Barisan Alternatif dan meninggalkan perjuangan mereka dengan parti yang tidak relevan pimpinan kerajaan BN. Mereka juga digesa jangan menghasut rakyat dan mengenakan berbagai tindasan dan ugutan supaya rakyat kembali menyokong kezaliman yang mereka lakukan.
Kenyataan Naib Presiden Gerakan Dr S.Vijayaratnam bahawa pembangkang melakukan kesalahan keterlaluan sehingga
memaksa kerajaan menggunakan Operasi Lalang II adalah antara alasan untuk kerajaan menguatkuasakan operasi ersebut.
Beliau berpendapat bahawa mana-mana individu atau kumpulan yang terbabit dalam perhimpunan haram, melakukan rusuhan awam dan keganasan patut ditahan
dan dengan dikenakan tindakan sewajarnya yang bukannya menggunakan ISA.
Dakwaan Vijayaratnam bahawa rakyat Malaysia 'bencikan gangguan awam' seperti itu adalah palsu kerana perserta dalam perhimpunan rakyat itu adalah
rakyat Malaysia sendiri dan kebanyakkan mereka masih tiada berparti termasuk golongan yang masih belum layak mengundi. Namun atas dasar menolak
kezaliman kerajaan mereka berhimpun beramai-ramai sebagai satu isyarat bahawa rakyat tidak merestui segala kejahatan yang mereka lakukan semasa
memerintah, termasuk menzalimi mereka melalui ISA.