29 September, 1999
Polis semalam berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman empat pemimpin Parti Keadilan Nasional berhubung perhimpunan rakyat di Masjid Negara 19 September lalu.
Mereka ialah
Ketua Penerangan Ruslan Kassim, Ketua Pemuda Johor Lokman Noor Adam, Ketua Pemuda Perak Hanafiah Man dan Penolong Setiausaha Pemuda N. Gopalakrishnan,
yang menyerah diri di Ibu pejabat polis Kuala Lumpur di sini kelmarin.
Majistret Kamarulzaman Abdul Rahman membenarkan mereka ditahan empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan polis
berhubung perhimpunan itu.