29 September, 1999
PM Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad @ Maha Firaun memburuk-burukkan rakyat negara ini dengan mendakwa rakyat Malaysia kini bosan dengan demonstrasi jalanan yang diadakan sejak akhir-akhir ini. Maha Firaun itu juga mendakwa demontrasi jalanan berunsur hasutan dan mengganggu perniagaan dan peniaga kecil.
Beliau mengakui juga sebenarnya pada satu ketika beliau amat bimbang dengan keadaan itu tetapi kini bertukar rasa bosan dengannya.
Mahathir memfitnah DSAI bahawa demontrasi rakyat pada 18 September lalu diatur oleh DSAI melalui satu program
perbualan untuk siaran televisyen saluran 13 Public Broadcasting System USA.
Mha Firaun itu juga memfitnah DSAI berhubung dengan kes kebulurun yang diperjuangan oleh golongan mahasiswa negara ini di bawah pimpinan DSAI dalam
tahun 1974 di Baling. Pada masa itu Maha Firaun adalah Menteri Pelajaran yang kemudiannya memperkenalkan AUKU 1974 untuk mengikat mahasiswa daripada
menyertai gerakan rakyat seumpama ini.~MR