IMEJ MALAYSIA JATUH KERANA 'ARSENIK'

30 September, 1999

Presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik bersetuju dengan dakwaan bahawa keracunan arsenik pada DSAI boleh membawa imej buruk kepada Malaysia, jika laporan berhubung dengannya tidak dikeluarkan secepat mungkin.

Ini memperlihatkan  bahawa dunia begitu prihatin terhadap kesihatan seorang bekas pemimpin yang sedang diadili di negaranya sendiri. Sebaliknya perkara ini dipandang remeh temeh oleh barisan kepimpinan kerajaan BN yang memerintah.

Dr Ling berpandangan, dakwaan itu kini dihebohkan oleh media asing dan ini akan membawa kesan tidak baik kepada kedatangan pelancong dan keyakinan pelabur terhadap negara.

Dr Ling mengakui tindakan mengadakan demonstrasi oleh para penyokong Anwar yang disiarkan oleh media asing akan membawa satu siri reaksi jika pelabur dan pelancong memilih untuk mengetepikan Malaysia.

Justeru itu laporan itu perlu disegerakan, kata Dr. Ling.