UMNO MAHU BERPOLITIK DI FELDA

30 September, 1999

Saranan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam, bahawa peneroka di rancangan tanah Felda boleh mengemukakan masalah dan pendapat mereka kepada pemimpin UMNO di kawasan masing-masing, disifatkan sebagai percubaan melibatkan campurtangan badan politik dalam hal ehwal kehidupan peneroka Felda.

Sewajarnya pengurusan Felda ditangani dan diperbaiki bagi menangani segala masalah peneroka dan bukannya campurtangan pemimpin UMNO yang tidak tahu menahu berhubung dengan kehidupan peneroka di mana-mana Rancangan Felda.

Berpolitik di Felda dilihat sebagai satu usaha UMNO memerangi pengaruh lain di tanah rancangan dan percubaan meng'UMNO'kan peneroka-peneroka Felda. Ini merupakan satu gangguan kepada kehidupan para peneroka dan kemungkinan mereka tidak akan menikmati suasana bekerja dalam kebebasan dan terikat dan terkongkong oleh tindakan pemimpin UMNO yang ditugaskan di Rancangan-rancangan Felda.