ARSENIK, PERCUBAAN KALI KE 7 MEMBUNUH DSAI!!

30 September, 1999

Keracunan arsenik yang dihadapi oleh DSAI adalah percubaan kali ke 7 membunuh beliau dan menamatkan kerjaya politiknya sama sekali. Pengakuan ini dibuat oleh saudara Zulkefli Ibrahim yang berjuang dalam UMNO selama 4 tahun lalu.

Selain keracunan arsenik DSAI pernah 2 kali hampir terbunuh dalam kemalangan helikopter termasuk satu bersama Tan Sri Yahya dan isterinya. Bagaimana pun  menurut saudara Zulkifli, pembatalan keputusan DSAI di saat akhir seringkali membawa tuah dan perlindungan Allah terhadap beliau.

Perkara ini dalam ketahuan banyak pemimpin BN hari ini tetapi mereka tetap membisu dan masih taat setia kepada Maha Firaun itu disebabkan kepentingan masing-masing. Antaranya ialah Ahli Parlimen Tambun sendiri, Hj. Husni Haanadzlah.

Zulkelfi mendakwa Hj. Husni Hanadzlah sudah memaklumi 4 bulan sebelum DSAI mahu dipecat kerana beliau adalah orang yang diminta oleh Hj. Husni supaya menghalang perbuatan itu.

Namun dalam perjumpaan terakhir yang diadakan di Sekolah Menengah Raja Perempuan Bainun, Manjoi, Ipoh Hj. Husni berpaling tadah dan sebaliknya meminta ahli UMNO supaya menyokong pendirian Maha Firaun supaya memecat DSAI.

Justeru itu saudara Zulkifli menyifatkan disebalik keluhuran sifat peribadi Hj. Husni Hanadzlah itu tertera hatinya yang rakus dan tamak serta pengecut kerana sanggup mengenepikan orang yang pernah berjasa kepada beliau dan menaikkan beliau ke taraf sekarang.

Zulkefli Ibrahim adalah bekas aktivis UMNO yang sekarang berjuang dalam Parti KeADILan Nasional dipercayai akan bertanding di kerusi DUN Manjoi.