Idea Pemuda Umno untuk mengganggu ceramah Parti Alternatif dengan membawa bendera ke majlis tersebut di seluruh negara disifatkan sebagai 'idea budak jahat'!!
Langkah tersebut bukan membuktikan pemuda harapan bangsa, sebaliknya akan mendedahkan kepincangan bangsa Melayu di bawah kepimpinan UMNO yang kini nyata sekali ketandusan idea dalam menghadapi krisis sokongan rakyat.
Taktik gempur secara demikian hanya akan mencetuskan 'huru hara' dan benarlah seperti kata Memanda PM Maha Firaun itu bahawa pilihanraya kali ini akan melihat taktik kotor dalam sejarah pilihanraya negara.
Idea pemuda UMNO adalah reaksi tindakbalas parti-parti pembangkang juga turut meraikan majlis-majlis dan ceramah yang dihadiri pemimpin-pemimpin Umno di Terengganu dengan mengibarkan panji dan bendera parti masing-masing pada majlis itu tanpa mengambilkira mengapa mereka berbuat demikian.
Pada kebiasaanya ceramah UMNO akan dibuat melalui pentas rasmi dan dengan paksaan supaya hadir, sebagaimana yang berlaku dalam siri PM dan TPM menjelajah Malaysia untuk berkempen. Sebagai boikot oleh rakyat yang enggan, maka mereka membawa bendera parti mereka untuk dikibarkan.
Langkah pemuda UMNO lebih berupa provokasi terhadap parti pembangkang. Pihak polis seharusnya memanggil Hishamuddin Hussein dan menyoalsiat beliau dengan idea 'budak jahatnya' yang cuba dibawa kedalam arena politik negara.