Kerajaan bagaimanakah yang harus menjadi sokongan rakyat bukanlah ditentukan oleh mana-mana pemimpin kerajaan BN sekarang. Malahan pemimpin kerajaan BN kini tidak layak lagi untuk mengajar rakyat bagaimana mahu memilih pemimpin.
42 tahun kerajaan BN memerintah negara sudah menjadi petunjuk dan sempadan kepada rakyat untuk membuat penilaian yang baik. Justeru itu para pemimpin kerajaan BN dan UMNO terutamanya supaya menghentikan sikap 'mengajar rakyat' dalam apa jua bentuk, samada propaganda politik mereka serta mengwujudkan fitnah kepada parti pembangkang.
Pemimpin BN/UMNO kini bukanlah 'guru' yang baik untuk dicontohi. Mereka tak ubah seperti ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan betul. Tindakan sebahagian besar kepimpinan UMNO dalam kerajaan BN terutamanya TPM Pak Lah B yang membidas sikap pembangkang di negara ini supaya menghentikan sahaja perbuatan buruk mereka.
Peluang yang diberikan rakyat untuk anda memerintah sudah berlalu. Jangan buruk-burukkan orang lain dengan menyatakan kesempurnaan anda untuk diterima rakyat. Jelas kepada rakyat bahawa 'huru hara' akan berlaku dengan provokasi oleh sikap pemimpin kerajaan BN ini jika ianya diteruskan.
Kenyataan TPM Pak La B bahawa pembangkang tidak layak memerintah bukan satu hukuman yang seharusnya beliau berikan. Sebaliknya rakyatlah yang akan menilai sejauh manakah kemampuan BN meneruskan agenda pemerintahan mereka untuk meneruskan aspirasi dan cita-cita rakyat.