Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor menyatakan bahawa sumpah yang dilafaskan oleh Tengku Razaleigh Hamzah bukanlah sebenar-benar sumpah seperti yang dikehendaki oleh islam kerana Tengku Razalegih tidak menjunjung al-Quran semasa melafazkanya.
Namun sebelum ini Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata bersumpah menggunakan al-Quran tidak terdapat dalam Islam dan mendakwa cara itu hanyalah ikutan ajaran Kristian (menjunjung kitab Injil).
Disamping itu Fadzil Noor juga menyatakan kebimbangan beliau terhadap Tengku Razaleigh Hamzah sekiranya beliau dimakan sumpah.
Maksudnya;
"Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan pauk perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke'aiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada) perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim."
ULASAN MINDA RAKYAT
UMNO mengemukakan hujahnya menggunakan surah Hujurat ayat 11. Ini bukan berkenaan sumpah yang dimaksudkan. Ayat di atas adalah 'larangan merendah-rendahkan sesuatu kaum' dan tidak ada kena mengena dengan sumpah yang didakwa UMNO.
Allah berfirman:
Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), tetapi Allah menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang disengajakan (untuk bersumpah) oleh hatimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun - AlBaqorah:225
Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksudkan untuk bersumpah (tiada niat bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat (melanggar) sumpah itu ialah memberi makan sepuluh orang miskin iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak (hamba). Barangsiapa yang tidak sanggup melakukan sedemikian, maka kaffaratnya berpuasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan melanggari sumpah). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukumNya agar kamu bersyukur (kepadaNya) - AlMaidah:89
Jika mereka merosak sumpah (janjinya) sesudah mereka berjanji, dan mereka mencerca agamu (Islam), maka perangilah pemimpin-pemimpin orang yang kufur itu, kerana mereka adalah orang yang tidak dapat dipegang janjinya, agar supaya mereka berhenti. AtTaubah:12
UMNO gagal membuat sebarang ulasan berkenaan isu yang ditimbulkannya disebabkan mereka 'jahil' ilmu agama. Sebaliknya Dato' Presiden dan Tuan Guru Nik Aziz mampu untuk memberikan pandangan mereka berdasarkan ilmu yang ada dan perkara ini adalah dalam perselisehan alim ulama dan tidak melibatkan dasar Islam itu sendiri. Ia hanya ibarat ranting. Apa yang lebih penting ialah niat bersumpah. Jika nyata berniat dengan sengaja menyebut nama Allah atau apa sahaja dalam sumpahannya, maka ayat yang akhir di atas Allah memerintahkan umat Islam memelihara agama dari dicerca dan memerangi pemimpin yang kufur dan ingkar!
Sila hebah dan sebarkan!!!
MINDA RAKYAT - MAHKAMAH RAKYAT