Oleh Mr. Canggih
Syed Hamid Albar semalam membuat kenyataan bahawa pakatan parti pembangkang boleh disifatkan seperti sumpah-sumpah, sejenis binatang yang menyerupai
cicak, yang boleh bertukar warna mengikut keadaan terutamanya dalam keadaan terdesak.
Beliau mendakwa pembangkang hanya muncul dan berpura-pura semasa kempen menjelang pilihan raya sahaja. Beliau mendakwa rakyat sudah sedar taktik
pembangkang yang sebenarnya tidak ikhlas walaupun mereka mendakwa ceramah yang dianjurkan mendapat sambutan orang ramai.
Wahai Tok Syed Mid, mana rakyat yang kau katakan itu. Tiada rakyat dibelakangmu. Kamilah rakyat yang kau katakan itu. Kami sedar apa yang kamu lakukan
dan parti Alternatif lakukan. Kami memerhati kamu semua. Kami lebih tahu siapa intan dan kaca.
Pembangunan yang kamu lakukan hanya untuk mengaburi mata kami rakyat jelata. Kamu rampas khazanah negara dan berbahagi sesama suku sakat kamu. Kami rakyat semua tahu! Kalau kamu sifatkan pembangkan sebagai sesumpah, kamu pemerintah semua tak ubah ibarat biawak!!!