KENYATAAN YANG DIPUTARBELITKAN UMNO - SIRI 1

KENYATAAN HARAKAH

PAS tidak perlu meminta maaf kerana mensensasikan isu kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami keracunan arsenik.

"Untuk minta maaf, apa salah kita. Dia (kerajaan) kata kita (pembangkang) timbulkan kacau bilau. Pihak kerajaan pun buat kacau- bilau terhadap pembangkang. Kalau kami minta maaf, dia pun kena minta maaf juga ," katanya (Nik Aziz)


ULASAN UMNO

Pihak kerajaan tidak pernah menimbulkan huru hara dengan mensensasikan isu, tetapi PAS secara langsung menghasut rakyat untuk bangun menentang kerajaan terhadap isu yang tidak dapat disahkan kebenarannya lagi. Sedarkah Datuk Nik Aziz akan bencana menimpa negara sekiranya berlaku rusuhan? Mahukah anda negara ini menjadi seperti negara jiran? Berlakunya campur tangan asing? Rakyat yang tidak berdosa akan menjadi mangsa.

** Tak sangka rupa-rupanya Datuk Nik mengakui berlakunya kacau bilau dalam Barisan Alternatif. Belum dapat memerintah sudah pun kelam kabut nampak!

Maksudnya:

"Bahawasanya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik."
(Riwayat al-Bukhari, Hakim dan Baihaqi)

Maksudnya:

"Wahai orang yang beriman, takutlah akan Allah. Dan katakanlah kata-kata yang betul nescaya Allah akan menjadikan amalmu baik. Dan akan diampuni-Nya dosa-dosa kamu."
(Surah al-Ahzab: 70-71)

ULASAN MINDA RAKYAT

Kes keracunan DSAI dilakukan oleh pihak memerintah kerana DSAI sudah setahun berada dalam jagaan pihak pemerintah iaitu Bukit Aman dan Penjara Sg. Buloh. Jika UMNO mendakwa mereka pihak kerajaan tidak pernah menimbulkan huru hara, maka jawapannya yang meracun itu berniat jahat dan melakukan huru hara. Jika DSAI tidak diracun tiada isu nak diperkatakan oleh PAS atau sesiapa sahaja rakyat negara ini. Jadi siapakah pencetus huru hara? Jawapannya pemimpin UMNO peringkat tertinggi seperti Dr. Mahathir, Daim, Pah Lah dan lain-lain.

Rakyat harus berterima kasih kepada PAS dalam hal ini kerana Tuan Guru menyedarkan kita bahawa sebenarnya kita tidak perlu berterima kasih kepada insan yang khianat, melakukan penganiayaan dan melakukan kezaliman.

Jika berlaku rusuhan seperti dakwaan UMNO, siapakah pencetusnya? Tentu jawapannya ialah orang UMNO yang kecewa kerana rakyat tidak lagi mahu menyokong mereka. Pemimpin pembangkang terutamanya PAS tidak pernah keluar negara mendapatkan bantuan asing. Siapakah yang sering pergi ke luar negara mendapatkan bantuan asing dengan menggunakan duit rakyat? Jawapannya Dr. Mahathir. Beliau pemimpin yang tidak pernah berterima kasih kepada rakyat kerana menekan rakyat yang memilihnya sebagai calon dalam pilihanraya. Beliau belot kepada negara dan rakyat kerana cuba mendapatkan bantuan asing bagi memenangi pilihanraya akan datang.

Ulasan UMNO mengatakan Nik Aziz mengakui kacau bilau dalam BA dilihat sebagai orang yang tak pandai mentafsir ayat. Tuan Guru kata, 'pihak kerajaan pun buat kacau- bilau terhadap pembangkang'. Itu bukan ertinya BA yang kacau bilau. Tetapi UMNO dan kerajaan BN melakukan kacau bilau terhadap pembangkang. Memang perangai pemimpin UMNO tidak senang dengan kesatuan BA yang kian kukuh di hati rakyat.

Rakyat lebih senang dengan BA dari BN. Hebah dan sebarkan!!!

MINDA RAKYAT - MAHKAMAH RAKYAT