CARA WANITA LEBIH LEMBUT?

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman berkata pendekatan Wanita Umno dalam menggerakkan jentera pilihan rayanya berbeza dengan cara yang diguna oleh pergerakan Pemuda parti itu. 

Beliau bagaimana pun besetuju bahawa Pemuda memang sepatutnya bertindak secara agresif dan mengatasi masalah yang wujud secara menggempur terang-terangan. Wanita sebaliknya menggunakan cara yang halus dan bertumpu di peringkat akar umbi.