UMNO AKHIRI FITNAH TERBESAR ABAD INI!

Oleh Mr Canggih

UMNO mendakwa pembangkang bertanggungjawab menyebarkan fitnah. Justeru itu seluruh jentera kerajaan digunakan untuk memerangi fitnah dakwaan UMNO.

Namun api fitnah sebenarnya bermula dalam UMNO sendiri. Sejarah politik negara ini membuktikan bahawa 'surat layang' dan 'fitnah' adalah senjata utama seseorang pemimpin UMNO untuk mengekalkan kuasanya.

Dunia dikejutkan apabila api fitnah itu menyerang DSAI hingga beliau terperangkap dalam satu konsfirasi politik yang kronik. Tuduhan yang 'tak masuk akal' itu menjadi sogokan pemimpin UMNO untuk melenyapkan pengaruhnya, yang telah pun bersedia pada bila-bila masa untuk menumbangkan Presiden UMNO itu.

Jentera kerajaan seperti institusi kehakiman dan Jabatan Peguam Negara nyata bersekongkol dalam konsfirasi ciptaan Mahathir. Mereka sanggup diperalatkan demi menyempurnakan hajat seorang diktator tua yang kian nyanyuk.

Sikap tamak dan haloba adalah punca konsfirasi bermula. DSAI menjadi batu penghalang kepada cita-cita Mahathir dan kroninya untuk berkuasa mengaut apa yang ada. Kebanyakan rakyat yang tidak tahu kemelut politik peringkat tertinggi itu, akhirnya mengaku terus taat secara buta tuli kepada diktator tua.

Hari ini DSAI telah menjadi mangsa konsfirasi politik UMNO. Inilah satu-satunya  bukti 'fitnah' paling besar abad ini sebelum melangkah era alaf baru. Percubaan menjatuhkan DSAi bukan sekadar satu fitnah semata, malahan tangan-tangan yang rakus itu sanggup membunuh nyawa yang tak berdosa.

Namun di sisi Allah Yang Maha Kuasa. Selagi belum diperkenankan maka usaha mencabut nyawa DSAI tinggal cuma usaha sahaja. Namun rakyat tidak boleh membiarkan api fitnah itu membakar jiwa dan rakyat negara ini amnya. Kezaliman mesti dihapuskan. Penyelewengan ini mesti didedahkan kepada dunia bahawa ini semua adalah angkara diktator tua.

Hanya satu jalan yang ada di sisi rakyat jelata, iaitu piliharaya. Ia bukan satu jalan bersengketa, tetapi UMNO telah memulakan api sengketanya. Apabila diramalkan bahawa keputusan itu tidak memihak kepada mereka, maka berbagai usaha dan ikhtiar telah direncana supaya negara merdeka, kembali terjajah lagi.

UMNO tidak akan rela membiarkan kerusinya dirampas rakyat. Hidup dan matinya adalah atas kuasa. Sepandai-pandai tupai melompat satu hari ke tanah jua akhirnya. Jika UMNO sesaat lupa maka rakyat tidak. Maka pilihanraya tetap ditunggu sebagai satu-satunya jalan penentu. Mana ada rusuhan dan kacau bilau oleh pembangkang dan rakyat? Kami semua menunggu pilihanraya ...