KENYATAAN YANG DIPUTARBELITKAN UMNO - SIRI 3

Penceramah PAS Chong Thian Teik telah menuduh UMNO tidak Islam dan mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat terhadap Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad sewaktu berucap di Jejawi Dalam, Perlis.


ULASAN UMNO

Beliau sendiri pun tidak pernah mengucap dua kalimah syahadat bagaimana hendak mengkafirkan orang lain pula? PAS tidak sepatutnya mempermudahkan isu akidah ini kerana ahli UMNO berjumlah 2.8 juta orang. Berat dosanya kerana menuduh seseorang Islam itu kafir. Hanya Allah yang berhak menentukanya. Wahai orang-orang PAS hayatilah surah al-Ahzab : 58

Maksudnya:
"Dan orang yang menyakiti orang mukmin, lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang yang menyakiti maka orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata."
(Surah al-Ahzad : 58)

Maksudnya:
"Seseorang mukmin bukan seseorang yang suka mencaci atau suka melaknat orang lain dan ia juga tidak bersifat jahat di samping ia tidak bersifat buruk." (Surah al-Tirmidzi).


ULASAN MINDA RAKYAT

Setiap manusia yang mengaku Islam, bergantung kepada niat di hatinya, ikrar dilidahnya dan diikuti oleh perbuatannya. Justeru itu seseorang manusia muslim dan mengaku beriman mesti menepati ketiga-tiga perkara tersebut dengan tidak meninggalkan walau satu pun di antaranya. Ringkasnya orang Islam yang beriman tidak akan berkata 'kufur' tetapi di hati mengaku Islam atau sebaliknya. Begitu juga dengan perbuatan, maka orang Islam mukmin akan mengikut sebagaimana perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Jika kedapatan orang Islam mengaku Islam di mulut, sedang perbuatannya memerangi Islam atau meninggalkan perintah Allah, beliau bukan dari golongan Islam mukmin. Justeru dalam Islam terdapat golongan munafik, fasik dan yang lebih berat kufur dengan Allah. Jangan terlalu bangga anda dilahirkan sebagai umat Islam. Jika tidak dapat menjaga aqidah maka Islamnya hanya pada nama.

Apa yang selalu kedapatan di kalangan umat Islam, ialah pengakuan di mulut sahaja Islam. Sedang perbuatannya bercanggah dengan Islam. Di hati mungkin kita tidak dapat membacanya. Justeru itu jika seseorang menilai kita sebagai Islam 'munafik' atau berpura-pura Islam atau tidak Islam, sewajarnya kita merenung kembali diri kita. Jika benar teguran itu, kita berastaghafirullah dan bertaubat dan kembali mengamalkan ajaran Islam sebagaimana dikehendaki.

Chong Thian Teik mungkin salah seorang yang gemar memerhati perlakuan manusia sebegini. Sepatutnya kita merasa malu dengan tegurannya itu kerana kerap kali memang manusia lain mampu menilai kita bukan diri sendiri. Jika sebenarnya kita mengaku Islam dan dari golongan beriman, kita seharusnya bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam sebenarnya. Wallahua'lam.

CETAK DAN SEBAR!!!

MINDA RAKYAT - MAHKAMAH RAKYAT