MEMANG POLIS PUNCA RUSUHAN!!!

Sudah menjadi bukti kepada rakyat negara ini, bahawa tangan yang memegang senjata api itu lebih banyak menimbulkan kekacauan dan kegelisahan di kalangan rakyat. Apa lagi jawatan polis itu hanya sekadar seorang insan yang memiliki kelulusan rendah, dengar ertikata lain golongan pekerja bawahan yang hanya menurut perintah dan jarang sekali menggunakan akal yang waras dalam tindak tanduknya.

Kenyataan ini bukan bertujuan merendah-rendahkan martabat golongan yang berperanan menjaga ketenteraman awam ini, tetapi sebaliknya inilah cara yang digunakan oleh barat untuk melindungi diri mereka dari apa juga kesalahan yang ditunding oleh rakyat kepada pemerintah. Dan tanpa memikirkan kesan dan risikonya, kita turut menerima cara sedemikian, yang akhirnya mendedahkan kita kepada kepincangan.

Justeru untuk menjaga maruahnya, pihak polis akan berbuat apa sahaja, termasuk meninggalkan peranan utamanya memelihara keamanan awam. Malahan dengan diketuai oleh seorang tokoh politik, Jabatan Polis akan mudah untuk melakukan kezaliman ke atas rakyat yang menjadi 'pembangkang' kepada Menteri Dalam Negeri yang diterajui BN.

Adalah tidaklah keterlaluan jika dikatakan polis hanya bersifat memihak kepada pemerintah, 'anti pembangkang' atau anti rakyat yang menjadi ahli parti pembangkang kerana mereka diketuai oleh seorang tokoh politik dari parti pemerintah.

Jabatan Polis seharusnya bebas dari unsur politik yang akan menyebabkan mereka cenderung untuk memihak kepada satu golongan yang akhirnya akan berkuasa melakukan apa sahaja hingga boleh membawa kepada penyelewengan kuasa. Inilah antara ciri-ciri Jabatan Polis di Malaysia.

Kenyataan ini dapat dibuktikan apabila polis menimbulkan provokasi dalam perhimpunan rakyat sepanjang setahun gerakan reformasi anti kezaliman kerajaan BN. Bukti paling manis ialah apabila rakyat berhimpun hampir di setiap negeri pada 18 September lalu, tiada sebarang kekacauan atau apa-apa kejadian yang disifatkan menimbulkan ketegangan dan rusuhan kaum.

Sebaliknya penyertaan polis dengan motto 'untuk memelihara keamanan' pada 19 September di Masjid Negara, maka rakyat telah diburu dan dibelasah. Ini semua adalah untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa perhimpunan rakyat tidak menjejaskan perpaduan kaum di negara ini. Sebaliknya perpaduan sebuah parti politik yang semakin runcing dalam krisis sokongan politiknya.

Untuk 'kununnya' membuktikan kepada dunia mereka masih teguh dan kuat, UMNO memperalatkan anggota polis bagi menewaskan kekuatan musuh politik mereka atas alasan menjaga keamanan dan perpaduan kaum.

Sedarlah wahai para pemimpin UMNO bahawa rakyat negara ini lebih celik mata hatinya daripada kamu yang menjadi bangsat kepada perjuangan bangsa dan agama. Memang perpaduan menjadi teras dokongan semua kaum. Kamu hanya satu parti politik yang dayus kerana kuasa memperalat itu untuk menutupi segala kelemahan kamu di mata rakyat.

Usah mendabik dada kerana kuasa yang ada di tangan kamu akan berakhir beberapa ketika lagi.