PILIHANRAYA 20 ATAU 22 NOVEMBER

Andaian PAS Perak bahawa pilihanraya umum negara ke 10 akan jatuh pada 20 atau 22 November 1999, yakni bulan depan.

Spekulasi ini dibuat oleh Penolong Pengurus Pilihanraya PAS Perak, Mejar (B) Yahya Ariff Kamaruzaman berdasarkan kronologi tertentu. Antara faktor yang diambil kira ialah cuti persekolahan penggal akhir tahun yang jatuh pada 20 November, 1999. Manakala peperiksaan SPM ditunda dari 17 November kepada 23 November.

Manakala awal November penganut agama Hindu akan menyambut hari Depavali. Peperiksaan SPM dan STPM tahun ini akan dimulakan serentak iaitu pada 23 November.

Masa yang paling sesuai menurut Mejar (B) Yahya Ariff ialah pada 20 atau 22 November. Justeru itu PAS Negeri Perak akan meningkatkan kesediaan anggota yang terlibat dalam pilihanraya kali ini.

Walau pun beberapa spekulasi pihak lain mengatakan bahawa pilihanraya berkemungkinan diadakan awal tahun hadapan, namun PAS Perak bersedia lebih awal dan andaian pilihanraya pada 20 atau 22 November akan menjadi PAS lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan.