Hishamuddin Dimurkai Sheikhnya

Abdul Aziz Shukri

Rakan saya adalah pengikut setia Shaykh Muhammad Nazim Adil dan As-Sayyid Shaykh Muhammad Hisham Kabbani. Menurut beliau, terdapat ramai pengikut di Malaysia yang kebanyakkannya terdiri dari golongan bangsawan. Antaranya ialah Pemangku Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Hussien Onn.

Rakan saya yang amat rapat dengan Shaykh Hisham Kabbani yang berpengkalan di USA mengatakankan dalam hal berhubung DSAI, Shaykh Hisham Kabbani dan Shaykh Nazim mengikuti segala perkembangan dengan penuh perihatin. Kedua-dua Shaykh pernah dipetik memberi kenyataan kepada pengikutnya bahawa Mahathir telah berbohong dan telah merosakkan imej umat Islam seluruhnya.

Shaykh Hisham Kabbani telah diberitahu oleh rakan saya berhubung pengikutnya, Hishamuddin Onn yang masih bersama Mahathir. Shaykh Hisham Kabbani, sebelum ini telah pun mengeluarkan fatwanya dan menyokong DSAI, dikatakan amat marah. Sehingga ketika rakan saya menyatakan perihal Hishamuddin sebagai tolol Mahathir, Shaykh Kabbani tersentak dan terus mengeluarkan suara yang amat keras.

Rakan saya ini amat terkejut dengan nada yang belum pernah beliau dengar dari seorang Shaykh yang tinggi martabatnya. Rakan saya yang sedang menghabiskan PhDnya di sana dan kadang-kadang memandu untuk Shaykh Kabbani. Begitulah rapatnya rakan saya dengan Shaykh yang amat disanjungi oleh beberapa pembesar dan bangsawan negara.

Wal Lahu ‘Alam