PM Maha Firaun dilaporkan, begitu kecewa dengan kejadian rampasan kuasa oleh tentera di Pakistan awal semalam.
Beliau berkata sepatutnya tentera menjadi badan profesional yang mengikut arahan kerajaan semasa iaitu kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Laporan dari Islamabad memetik pemimpin tentera Pakistan Jen. Pervez Musharraf yang merampas kuasa tanpa pertumpahan darah itu sebagai berkata beliau
bertindak demikian bagi menyelamatkan negara itu daripada musnah dan akan mengumumkan dasar-dasarnya dalam tempoh terdekat.
Musharraf tidak memberi maklumat lanjut mengenai rancangan tentera bagi Pakistan selain tidak menyatakan apa yang akan dilakukannya terhadap Perdana
Menteri Nawaz Sharif, kata laporan itu.
Rampasan kuasa yang bertujuan melindungi negara dari kediktatoran seseorang pemimpin memang sepatutnya dilakukan untuk mengelakkan lebih banyak dasar yang merugikan negara dan rakyat daripada dilaksanakan.
Tentera seharusnya memelihara kepentingan negara dan bukan kepentingan seorang dua dalam kerajaan yang mempunyai kepentingan tertentu. Rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah di Pakistan seharusnya dikaji dan menjadi iktibar kepada tentera negara ini.
Hanya dengan cara itu kita dapat menyelamatkan negara tercinta dari kerakusan tangan-tangan gergasi yang menguasai selama ini!