Minda Rakyat menyatakan kekesalan ke atas cabaran oleh pengampu Ketua Pemuda Umno semalam (13 Okt) yang mengeluarkan kenyataannya mencabar pucuk pimpinan parti Keadilan, DAP dan PAS
supaya menyatakan pendirian mereka terhadap kenyataan Naib Presiden Keadilan Marina
Yusof yang menuduh Umno mencetuskan rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Hishammuddin berkata ketiga-tiga parti pembangkang itu belum menyatakan pendirian terhadap "satu kenyataan
yang amat serius."
Semasa berceramah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 29 Sept lepas, Marina dilaporkan menuduh Umno, khususnya pergerakan Pemuda parti itu, telah
mencetuskan tragedi 13 Mei dan Umno juga bertanggungjawab membunuh orang Cina.
Hishammuddin menyifatkan sebagai tidak berasas tuduhan Marina kononnya media massa berniat jahat dan sengaja memutar belitkan kenyataan berkenaan.
Marina dilaporkan akan mengambil tindakan untuk menyaman beliau dan Umno.