SETIALAH PADA KERAJAAN, BUKAN UMNO

Kenyataan bahawa kakitangan awam mesti setia dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan bagi mengekalkan kestabilan dan kemakmuran negara mesti dilihat dalam konteks sebenarnya.

Ini adalah kerana pimpinan pertubuhan politik terutamanya UMNO sering mengaitkan bahawa Kerajaan Malaysia itu UMNO dan UMNO adalah kerajaan Malaysia. UMNO adalah hanya satu pertubuhan politik biasa, sama seperti PAS, DAP atau lain-lain pertubuhan politik negara ini.

Kewajipan kakitangan awam yang dilantik ke perkhidmatan, mereka mesti mematuhi apa yang diamanahkan oleh kerajaan Malaysia. Sedangkan parti politik yang memerintah boleh ditukar ganti seandainya tidak melaksanakan keadilan dan kebenaran.