SIAPA YANG EKSPLOTASI UGAMA?

Mengeksplotasi ugama bagi meninggikan martabatnya serta kedudukannya itu adalah sesuai dengan kehendak ajaran Islam. Sebaliknya mengeksplotasi ugama untuk merendah-rendahkan perjuangan menegakkan kalimat Allah adalah satu tindakan bacul terhadap Allah.

Di sisi Allah sekiranya kita mengeksplotasikan atau memperalatkan ugama demi meninggikan syiar dan keagungan Islam itu adalah selaras dengan ajaran Islam. Umpamanya menggunakan alasan ugama untuk menegakkan hukum dan undang-undang atau menggunakan agama sebagai alasan untuk mengujudkan sesuatu peraturan maka itu adalah selaras dan disanjung dalam Islam.

Ia juga termasuk tindakan memperalatkan ugama sebagai alasan berpolitik dan menegakkan perundangan Islam.

Justeru itu umat Islam perlu menolak tohmahan bahawa mengeksplotasikan ugama itu sebagai satu perbuatan yang salah di sisi ugama Islam. Pandangan yang sempit terhadap Islam boleh mendatangkan kerugian yang besar terhadap umat Islam negara ini.