PERPADUAN BUKAN DI DALAM UMNO

Kata fitnah memfitnah dan surat layang adalah budaya UMNO yang sekaligus menolak perpaduan bangsa Melayu dan ugama Islam.

Buktinya Buku 50 Dalil Mengapa DSAI Tidak Boleh Jadi PM, adalah satu fitnah yang besar hingga mengwujudkan perpecahan umat Islam dalam UMNO. Mereka keluar beramai-ramai kerana membantah fitnah dan menubuhkan parti baru.

Kenyataan ini adalah untuk memberikan gambaran kepada rakyat negara ini bahawa perpecahan kaum dan bangsa Melayu bermula dalam UMNO dan bukannya dari pembangkang.

Sebaliknya perpaduan umat Islam dalam PAS menjadi contoh yang dikagumi hingga hari ini, apabila ramai ahli UMNO yang sedar kembali ke pangkal jalan dan berjuang dalam parti Islam Se Malaysia (PAS).

InsyaAllah dalam beberapa bulan lagi PAS akan muncul sebagai Parti Islam terbesar dengan mempunyai keahlian hampir 2 juta orang ahli.