UMNO ULANGI FITNAH TERHADAP RAKYAT!!!

Kenyataan Presiden GPMS semalam, Datuk Suhaimi Ibrahim menyaksikan pimpinan UMNO mengulangi fitnahnya terhadap rakyat.

Tuduhan beliau terhadap golongan korporat yang menggunakan wang tender projek kerajaan untuk membiayai webmaster dan para pelajar menentang Kerajaan BN adalah satu tuduhan keterlaluan dan melampau.

Kenyataan fitnah itu juga membuktikan bahawa para pemimpin UMNO buta hati dan buta IT kerana gagal memahami bagaimana sesebuah laman web itu dibina dan dilayarkan.

Sebelum ini Datuk Ibrahim Ali Al-Kataki pernah membuat kenyataan yang serupa dan menuduh webmaster didalangi oleh agen asing yang membantu mereka (para webmaster) menanggung perbelanjaan yang tinggi bagi melayarkan laman reformasi masing-masing.