JAIP DITEKAN?

Sumber-sumber yang diperolehi dari anggota Kerajaan Negeri mengatakan bahawa Datuk Mohd Zaim Abu Hassan yang ditangkap kerana ber'khalwat' minggu lalu akan berusaha menafikan tuduhan tersebut.

Justeru itu segala maklumat mengenai berita tersebut dihalang dari penyebarannya yang luas dan jabatan kerajaan yang terbabit di halang dari membuat apa-apa kenyataan kepada pihak media atau lain-lain pihak.

Satu sumber yang mengesahkan penangkapan itu memberitahu bahawa pihaknya juga tidak boleh memberikan komen melainkan mengesahkan berita tersebut. Semalam Minda Rakyat mendedahkan seorang exco ugama dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Perak ditahan dalam operasi cegah maksiat di daerah Manjung, Perak.

Penafian berita penahanan ini kemungkinan akan dibuat oleh pihak Datuk Mohd Zaim bagi melindungi kepentingan politiknya.

Sementara itu, rakyat daerah Parit diseru menolak kepimpinan Datuk Mohd Zaim Abu Hassan kerana terlibat dalam 'insiden' yang memalukan rakyat negara ini, apa lagi beliau memegang portfolio sebagai Exco Ugama Islam.