MAJLIS PEMBOHONG BERSAMA RAKYAT KEDAH
Oleh Celekeh99
Isnin 11 Oktober 1999
Tiga atau empat hari sebelum majlis itu, kelihatan serata bandar Alor Setar poster-poster menjemput orang ramai ke majlis tersebut.
Dalam poster itu dicatat nama Menteri Besar Kedah Sanusi Joned sebagai tetamu kehormat dan YB Badarudin Ahli Parlimen Yan sebagai pemido utama.
Majlis itu akan diadakan di padang Perumahan Awam Mergong yang berhampiran dengan terminal bas baru Syahab Perdana. Majlis dijadualkan pada 11-10-99
bermula jam 9.00 malam. Satu banner besar tertulis 'PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT' digantung di jalan masuk ke majlis itu. Harapan Umno majlis ini akan
meriah dan berjaya menarik ribuan ummat Kedah. Bacalah lagi... apa terjadi.
Pada hari tersebut, hujan telah turun mencurah-curah sejak jam 6.00 petang lagi. Sehingga pukul 8.30 malam, hujan masih
renyai-renyai. Di tempat berlangsungnya majlis Pemimpin Bersama Rakyat Kedah itu, kelihatan ramai AJK perayaan telah siap sedia berkumpul. Hujan
masih lagi turun. Di jalan masuk ke tempat itu beberapa orang lelaki dan wanita sedang berpayung. Nun di hujung jalan sana, berhampiran dengan
Bengkel KEMAS yang bergemerlapan dengan sinaran lampu, didirikan sebuah pentas khas untuk tetamu dan penceramah.
Di hadapan pentas, yakni di atas jalanraya didirikan 7 buah khemah (canopy) dan di dalamnya berderetan kerusi-kerusi bertanda JKR
Kedah di belakang kerusi itu. Nyatalah Barisan Nasional telah mempergunakan harta benda Kerajaan untuk kempen-kempen politik mereka.
Kira-kira jam 9.00 malam terdengar pengumuman meminta AJK sambutan bersiap sedia untuk acara menyambut MB Kedah. Di kiri-kanan
berdirilah AJK BN yang terdiri dari pemuda Task Force (Gerak Gempur) Umno yang berjeket hitam, wanita-wanita Umno dengan kain merah dan baju kurung
putihnya. Beberapa orang wanita dan pemuda Cina, mungkin dari parti Mca atau Gerakan dan juga orang-orang India dari MIC. Tedapat juga sekumpulan
India dari parti IFP dan juga PPP yg belum diterima menjadi keluarga BN.
Kelihatan juga beberapa orang wanita Umno memegang bunga manggar. Mereka kelihatan keluar berbaris di jalan raya. Yang menariknya
ialah terdapat 7 atau 8 orang kanak-kanak sekolah yang berusia 10 tahun juga memegang bunga manggar di dalam hujan malam itu. Gambaran ini
menimbulkan tanda tanya kerana Umno, bermula dari TPM Abdullah Baduwi sehinggalah kepada pemimpin negeri dan ketua-ketua bahagian memberikan
berbagai komen yang negatif terhadap apa yang dikatakan penggunakaan kanak-kanak dalam politik.
Akhbar-akhbar arus perdana, utusan meloya dan berita hairan hari ini (11-10-99) mengeksploit berita mengatakan PAS mempergunakan
kanak-kanak untuk kepentingan politik mereka. Berbagai-bagai cemuhan dari semua pemimpin Umno dan BN, menghentam PAS kerana kanak-kanak. Komen-komen
yang diberikan itu menggambarkan PAS sepanjang masa mempergunakan kanak-kanak dalam kempen politik. Apa yg sebenarnya ialah gambar yang terdapat
dalam iklan akhbar HARAKAH di muka 32 yang menunjukkan gambar seorang kanak-kanak dan ditulis kata-kata "Asyik BN BN BN.... tukar le PAS
pulak"
Umno pun mula melatah! Mungkin kata-kata yg ditulis itu telah membangkitkan kemarahan Umno. Dalam hal ini PAS lebih rasional kerana
PAS tidak pernah komen apabila Dr Mahathir dan pemimpin Umno lain mempergunakan kanak-kanak. Contoh paling mutakhir sekali apabila beribu-ribu
kanak-kanak di Perlis di arahkan pergi ke Stadium Negeri Kangar pada malam hari untuk mendengar pembohongan Dr Mahathir. Semua kanak-kanak itu
diberikan kupon yang bernombor, kononnya untuk cabutan bertuah selepas ucapan bohong Dr Mahathir. Ini salah satu penggunaan kanak-kanak dalam kempen
politik Umno/BN.
Tetapi bagi Umno, mereka cuma nampak kesalahan pada orang lain. Seolah-olah mereka tidak pernah membuat kesalahan. Selama ini walau
pun mereka buat kesalahan dan kesilapan, rakyat masih tidak menegur dan terus memberi sokongan kepada mereka. Hal ini menjadikan mereka buta hati
untuk menerima hakikat yang mereka juga membuat kesalahan.
Apa salahnya menggunakan kanak-kanak? PAS memberi jawapan yang rasional dari komen-komen juak-juak Umno. Sebagaimana dilaporkan
Bernama 11-10-99 menukil Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan Wan Ismail Wan Jusoh menganggap iklan dalam akhbar rasmi Pas, Harakah, yang
menunjukkan seorang kanak-kanak dengan dialog berbau politik bukan sebagai "isu besar". "Tiada apa yang perlu disibukkan tentang
perkara itu kerana ia sengaja dibesar-besarkan oleh Umno lantaran kebangkitan pengaruh PAS," katanya.
Ditanya kenapa Pas menggunakan gambar kanak-kanak dalam akhbar itu, Wan Ismail berkata ia dibuat kerana kanak-kanak melambangkan
generasi akan datang yang akan terancam jika Umno terus berkuasa Dengan jawapan itu terkelu segala lidah-lidah Umno untuk menjadikan ia isu besar.
Berbalik kepada majlis sambutan BN pada malam itu. Kanak-kanak yg dipergunakan oleh Umno malam itu basah berhujan. Tetapi tidak siapa
pun peduli. Umno nak guna kanak2, nak gunakan orang2 tua, hatta nak gunakan katak-katak sekali pun PAS tak peduli. Itu hal masing-masing. Lebih
menjijikan lagi apabila Umno mempergunakan Umi Hafilda Ali yang muflis dan Khairuddin untuk mencarut-carut kepada Datuk Seri Anwar dan Tuan Guru Nik
Abdul Aziz. Kebiadaban dan kehinaan Umno terserlah apabila menjaja Umi Hafilda dan Khairuddin ke merata kampung di Kedah ini. Tapi Umno tak pernah
nampak.
Hujan masih lagi renyai-renyai. Dua kumpulan tarian singa, mungkin seekor dari Mca dan seekor dari Gerakan memulakan tarian di depan
barisan yg sedia berdiri. Riuh rendah dengan gendang cinanya menari2 tarian singa untuk menyambut kedatangan Sanusi Junid. Orang ramai masih tidak
kelihatan di khemah2 yg disediakan. Yang kelihatan hanyalah beberapa kumpulan, ahli jawatankuasa sambutan Umno, Mca, Mic, Ppp, Ipf dan Gerakan.
Pengacara membuat rayuan kepada orang ramai supaya duduk dalam khemah, mungkin nak tunjukkan yg orang ramai menyambut kedatangannya.
Kalau betullah Umno/BN mendapat sokongan orang ramai, penduduk sekitar Perumahan Awam Mergong itu sudah boleh memenuhi 7 khemah yang disediakan itu.
Apakan daya. Walau pun disekitar itu adalah rumah2 murah kerajaan kedah, yang jumlah penduduknya hampir 4000 orang, mereka masih tak sudi nak hadir!
Mereka tak sudi nak meramaikan majlis-majlis Umno/BN. Kesian sungguh.
Tiga bulan lepas, di tempat yg sama, PAS membuat ceramah umum dengan Ustaz Datuk Ismail Kamus telah menarik hampir 20,000 orang untuk
hadir. Itu pun tanpa khemah disediakan.
Disebabkan orang ramai tidak datang, AJK menelefon Sanusi Junid yg sedang menunggu di Masjid Mergong supaya tunggu sebentar. Di sini
hujan semakin lebat, Bertempiaran lari AJK sambutan. Dua ekor singa yg menari2 tadi pun hilang entah ke mana. Wanita dan kanak2 yg memegang bunga
manggar pun sudah bertempiaran ke khemah. Yang masih setia hanyalah 5-6 orang pemuda gerak gempur. Mungkin mereka kalis air!
Jam sudah 9.20 malam. Hujan masih turun. AJK sambutan pun sudah tiada. Kira2 lima minit pengacara membuat pengumuman "Sebentar
lagi MB akan tiba, AJK sambutan diminta bersiap sedia. Oleh kerana hujan masih turun, kita sambut MB berdekatan dengan khemah sahaja. Tuan-tuan dan
puan-puan diminta masuk ke dalam khemah" Kedengaran suara bercakap, "Mana Menteri Besar merapu ni, tak mai dah kot!". "Tengok
tu... umno lagi teruk guna budak2 sekolah.. hujan macam ni pun depa suruh bawak bunga manggar jugak", kata suara satu lagi. "Betoi
ka?, betoi ka? Mana dia?". "Tuuu..." sambil menunjukkan kepada kumpulan kanak2 yang memegang bunga manggar itu.
Jam 9.30 motokar yg membawa Sanusi Junid pun sampai. Tiba-tiba muncul 2 ekor singa yg sedang tidur dari van berhampiran. Singa2 tadi
rupanya tak tahan kena hujan. Bila hujan lebat awal tadi singa2 ini lari ke dalam van mereka. Kumpulan gendang cina dan tarian singa pun
bergemuruhlah menunggu keluarnya MB yg mereka tunggu2 itu. Menari2 dan bergendang.
Apabila pintu motokar dibuka, kelihatan Sanusi Junid dan isterinya di dalam. Sebaik sahaja Sanusi Junid meletakkan kakinya diluar,
memancar2 petir di ruang angkasa, diikuti dengan dentuman guruh. Rupa2nya guruh dan petir juga menyambut Sanusi Junid. Payung pun di bawa mengiring
MB.
Dua ekor singa Mca dan Gerakan pun menari2 depan Sanusi. Tersengih Sanusi tengok singa2 jadian yang menyambutnya.
Lepas itu barulah dia berjalan terus ke pentas khas lebih kurang 80 meter. Sekali lagi petir memancar dan guruh berdentum apabila Sanusi melangkah
naik ke pentas itu. Mungkin kali ini amaran petir dan guruh. Rasa2nya kalau kali ketiga petir dah guruh, mungkin dah bungkus Sanusi malam
itu juga. Hujan masih belum reda. Semasa Sanusi dan juak2nya berada di pentas, 7 buah khemah itu hanya separuh penuh. Banyak kerusi2 kosong,
terutama khemah di depan pentas.
Dianggarkan 600 orang, terdiri dari melayu, cina dan india. Kesemuanya nampak macam AJK perayaan. Tidak ada langsung orang luar yg
hadir. Difahamkan penghuni perumahan awam itu adalah ahli umno, kerana kerajaan Kedah mensyaratkan permohonan mendapat unit rumah2 murah itu
mestilah menjadi ahli umno dahulu. Begitulah diskriminasi yg dijalankan oleh umno sejak 15 tahun lalu kepada penghuni perumahan awam mergong.
Tetapi apa sudah jadi selepas 15 tahun? Tidak seorang pun yg sudi hadir. Bahkah ceramah PAS ditempat yg sama mengundang lebih 20,000
orang! Rupa2nya ahli2 umno diperumahan awam mergong itu telah lari dari Umno, menyertai PAS dan parti Alternatif yg lain.
Ucapan Sanusi pada malam itu tidak ada yg baru. Ucapannya yg hambar itu memuji Dr Mahathir melangit. Memuji segala projek2 mega yg
dibuat oleh Mahathir. "Tuan-tuan tau, satu dunia la ni segan kat Dr Mahathir. Amerika segan, England pun segan, Jepun, Perancis dan Afrika pun
segan kat Dr Mahathir sebab dia tak takut pada sapa2 pun." puji Sanusi Junid.
"Tuan-tuan tau ka, Kedah ni dah ada dua Perdana Menteri. Janganlah kita nak buang Dr Mahathir pulak. Habag kat orang PAS, kali
ni suruh depa undi BN lagi, lepas Dr Mahathir mati, baru kita pilih PAS pulak" temberang Sanusi lagi.
"Kalau saja perati tengok, tak ada sorang pun di sini, rakyat dalam Kedah ni yang layak jadi Perdana Menteri macam Dr
Mahathir". Begitulah hinanya Sanusi kepada orang Umno dan rakyat Kedah amnya kerana mengatakan orang Kedah selain Dr Mahathir tidak layak jadi
Perdana Menteri. Kenapa Sanusi sanggup menghina dan memperkecilkan rakyat Kedah yang lain, semata-mata nak puji Dr Mahathir?
Sanusi meneruskan pembohongannya. "Kedah ni semua bagus, dari segi pembangunan maju, pertanian pun maju, pendidikan pun maju.
Dulu dari duduk tempat tercorot, la ni dah sampai tempat teratas dalam peperiksaan." Sebenarnya dalam pendidikan, tidak ada perubahan pun!
Kedah masih lagi menjadi negeri nombor dua dari bawah dalam pencapaian peperiksaan PMR, SPM, STPM mahupun UPSR. Walaupun berbagai-bagai projek yg
ditaja oleh kerajaan Kedah untuk meningkatkan pencapaian itu, namun tidak ada apa2 perubahan. Tambahan pula Jabatan Pendidikan Kedah ini diketuai
oleh Hasan Hashim yg paling suka membodek pemimpin2 Umno.
Ramai guru yg dipanggil oleh Hasan dan diberi amaran akan ditukarkan. Guru2 ini adalah guru yg berdedikasi mengajar. Tetapi kerana
hasad dengki penyokong Umno dipersekitaran sekolah itu, kerana guru itu menyokong PAS, Hasan terus memanggil guru2 ini untuk ditukarkan. Sehingga
kini 17 orang guru, semuanya penyokong2 PAS telah ditukarkan.
Pembohongan Sanusi seterusnya "Kalau tengok semua maju. Yang tak maju cuma satu - bola. Kedah tak menang bukan pasai Umno. Pasai
ketua pasukan kedah tu orang PAS. Tuan2 tau ka Radhi Md Din tu orang PAS. Pasai tu Kedah tak menang tahun ni. Dulu yang Kedah dok menang bukan pasai
ketua pasukan, tapi pasai Adigun. Punyala syok orang Kedah dekat Adigun, sampai dia berzina dengan anak dara orang pun, sapa tak kisah . Asyik dok
syok Adigun! Adigun!. La ni kita hantar semua balik. Dua orang pemain import dari Brazil tu kita bayar 100 ribu ringgit seorang sebulan. Dah banyak
kita rugi, depa bukan mai Kedah main bola"
Begitulah bohong Sanusi. Hanya dua kali tepukan kuat dari Umno MCA MIC PPP IPF Gerakan yg kedengaran sepanjang pembohongan Sanusi.
Lain2nya hanya tepukan hambar dari beberapa kerat AJK dan pemuda Gerak Gempur.
Selepas itu mulalah Sanusi membebel pasal Anwar. "Budak ni dia buat jahat, Mak dia mana tau. La ni susah payah orang tua tu,
ceramah sana sini nak bagi tau anak dia baik. Dia ni buat jahat, bini dia susah, anak dia susah. Tengok bini dia (Wan Azizah) pi luar negeri, pi
Amerika, pi England suruh orang2 tu tulong laki dia. Kita nak habaq kat mak Anwar, tok sah dok pi ceramah lah, dia tu dah tua, tak payah mai habaq
kata anak dia tu tak buat jahat" Kebetulan malam itu Mak Yan ibu Anwar berceramah di Anak Bukit, lebih kurang 5 km dari tempat Sanusi
membohong.
"La ni PAS dok bawak mai orang Negeri Sembilan, mai ceramah di Kedah ni, konon2 nak jatuhkan Umno dan BN. Dia tu dah tak laku di
negeri Sembilan. Tuan-tuan tau dak, la ni di Negeri Sembilan, Umno dah sapu bersih semua kerusi, sabit tu dia mai kedah ni pulak.." Bohong
Sanusi mengenai seorang penceramah keADILan yg kebetulan pada malam yg sama berceramah di Alor Setar.
Tidak ramai yg memberi perhatian kepada ucapan bohong Sanusi. Sedang Sanusi membohong, pelajar2 Kolej Insaniah yg terletak
bertentangan dengan pentas Sanusi berdiri, keluar dari bilik TV dan bersolawat beramai2. Suara mereka jelas kedengaran di khemah2 itu. Orang2 yg ada
terus berpaling ke arah Kolej Insaniah melihat gelagat pelajar2 itu yg terus bersolawat.
Kolej Insaniah adalah kolej swasta yang diuruskan oleh kerajaan negeri Kedah. Pelajarnya adalah lulusan sekolah2 arab dinegeri kedah.
Difahamkan pelajar2 yg mendapat kelulusan cemerlang boleh melanjutkan pelajaran mereka di Universiti Timur Tengah, seperti Arab Saudi, Iraq, Jordan,
Syria dan Mesir.
Pembohongan Sanusi berlanjutan sehinggalah kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Hadi Awang dan lain2 pemimpin PAS. Antara kebanggaan
Sanusi ialah terdapat beberapa orang yg dikaguminya kerana telah menyertai Umno selepas itu. "Tuan2 tengok. Rupa2nya Umno ni baguih. Mula2 depa
tak suka umno, lepas tu depa nak mati dalam umno. Tengok Prof Syed Husin Al-Attas dah masuk umno, tengok Kasim Ahmad, dulu dia ni presiden PSRM, la
ni dia masuk umno, tengok presiden PAS Datuk Asri, dia akhirnya masuk umno dan mati dalam umno. Oooh, rupa2nya Presiden PAS ni nak mati dalam
kapiaq, sebab pas kata orang umno kapiaq." diiringan ketawa orang cina dan india apabila Sanusi memperlekeh2kan PAS.
"Tuan-tuan nak tau, Nik Aziz tu dulu ahli umno, dia tu kerja dengan umno, jadi penyelia kemas. Makan duit umno. Tapi pasai tak
dapat pangkat dia keluar Umno masuk PAS. Hadi Awang tu dulu kerja dengan kerajaan umno jugak. Dia jadi nak jadi ketua, tapi orang tak bagi kat dia,
dia lari keluar umno masuk PAS" Itulah pembohongan Sanusi.
Sedikit penjelasan. Datuk Nik Abd Aziz sendiri telah menjelaskan dia tak pernah jadi ahli umno. Begitu juga denganTuan Guru Abdul
Hadi Awang pun tidak pernah menjadi ahli umno.
Banyaklah lagi pembohongan Sanusi dalam masa lebih satu jam itu. Kebanyakkan pembohongannya itu adalah ulangan siri-siri pembohongan
dan fitnah Dr Mahathir yang seringkali tersiar dalam akbar Utusan Meloya dan Berita Haram.
Selepas membohong Sanusi pun beredar dari majlis itu meninggalkan AJK umno dan Badarudin untuk teruskan pembohongan. Kata Sanusi dia
ada majlis di lain tempat, sebab itu dia kena minta diri dulu. Pembohong lagi Sanusi ini. Difahamkan Sanusi tidak ada pun program selepas itu,
kerana jam sudah hampir 11.00 malam. Kalau ada mesyuarat dengan exco2 pun, tidak benar, kerana ramai exco2 Dun Kedah yg masih menunggu pada malam
itu.
Apabila dirisik2, rupa2nya Sanusi balik rumah dan tidor kerana kecewa tidak ramai orang yang hadir. Lagi pun memang dia tak suka
dengar ceramah Badarudin, ketua penerangan umno Kedah. Sememangnya Umno, BN dan Sanusi sangat kecewa dengan kehadiran orang tidak ramai. Yang ramai
hanyalah AJK umno. Poster2 yg dilekatkan dimerata kawasan, dari Kuala Kedah hingga ke Pokok Sena dan Kuala Nerang, Dari Kubang Pasu hingga ke Yan
dan Sungai Petani tidak menarik ramai orang datang. Kecewa! Kecewa! Sanusi balik dengan kecewa. Kerusi MB Kedah sudah tidak selamat lagi!
Sebelum Badarudin Ahli parlimen Yan memulakan pembohonganya. Orang ramai mula keluar dari khemah. Yang tinggal hanyalah AJK majlis
itu yang masih setia. Raut muka kebanyakkan mereka kelihatan kecewa. Berebut2 ADUN umno bersalam dengan orang2 yg mula keluar. Kalau dulu, orang
ramai yg berebut2 nak bersalam dengan YB Umno, tapi sekarang semuanya sudah terbalik. Kalau anda berselisih bahu dengan Adun Umno, tak payah tengok,
mereke yang akan tersenyum2 dan tersengih nak bersalam dengan anda. Keadaan inilah yang kelihatan dalam majlis itu. Memang tak malu sungguh ADUN
Umno!
Badarudin mula membohong pendengar dengan mengatakan negara akan dijajah oleh kuasa asing. Umno sekarang sedang membela nasib
generasi akan datang. "Apa akan jadi pada anak2 cucu2 kita nanti? Umno yang akan membela mereka, oleh itu tuan2 kena undi BN lagi." Ucapan
yang hambar dan tidak bermaya itu berakhir lebih kurang 30 minit. Hadirin cuma tinggal 1/3 sahaja lagi. Sebelum itu, pengacara memperkenalkan
Badarudin sebagai pemido hebat umno! Nyatalah ucapan2 hambar dan mengulang2 pembohongan Dr Mahathir menjadi isi ucapannya.
Bukan sahaja orang luar yang tak mahu dengar ucapan badarudin, Sanusi Junid pun cabut balik, tak mahu dengar ucapannya. Kesian
Badarudin. AJK majlis itu pun ramai yg beransur2 keluar kerana tak sudi dengar. Mungkin alasan mereka, sakit kepala kerana berhujan. Bagaimana
pula dengan orang cina dan india? Mereka kelihatan lebih bersembang2 dengan bahasa ibunda mereka sendiri. Rupa2nya tidak ada integrasi kaum dalam
BN, melayu dengan melayunya, india dengan indianya, cina dengan cinanya. Lebih hebat lagi, india MIC tak mahu bercampur dengan india IPF dan PPP
kerana mereka belum ahli keluarga BN.
Selepas ini Umno tidak akan lagi mengadakan ceramah2 kepada orang ramai kerana sebelum majlis ini, umno membawa ramai penceramah2
luar dalam siri2 ceramahnya yang kononnya ingin mengimbangi kekuatan parti2 Alternatif. Antara Penceramah yg dibawa berceramah dalam siri-siri
ceramah Umno ialah Ibrahim Ali (bekas ahli Umno Lama, Berjasa, Umno Lama, Semangat 46, kini Umno baru - juara lompat parti), Ghazali Ahmad (Bekas
Ahli PasTrengganu yang dipecat pada tahun 1987 kerana berkhalwat dengan isteri orang).
Omar Khalid (bekas ahli pas Kelantan yg kecewa tak dapat jadi calon), Mohd Noor Idris (bekas ahli PAS Kelantan yang kecewa tak dapat
jadi calon pilihanraya 1990), Azmi Mahsyar (Kelantan), Khairudin Abu Hasan (mengaku keluarga Anwar) dan Umi Hafilda Ali (peniaga bangkrap duit dan
bangkrap moral).
Begitulah senario yang boleh dilihat dalam negeri Kedah sekarang ini. Umno sudah tidak relevan lagi dengan orang2 Kedah.