Oleh: cityhajar
Sukiman Sarmani Si-Profesor Kangkung ini muncul lagi di TV3 ¼ … cuba memperdayakan 22 juta rakyat Malaysia mengenai kes keracunan Saudara Anwar Ibrahim, Bakal Perdana Menteri Malaysia. Sukiman ini merumuskan dari kajian beliau yang tidak seberapa itu bahawa DSAI mendapat arsenik melalui bahan makanan (sayuran dan makanan laut).
Sudahkah beliau mengkaji, berapa banyakkah makanan laut (ketam, udang, lobster dll.) yang telah dihidangkan kepada DSAI dipenjara? Bukankah DSAI hanya dihidangkan dengan telur goreng/rebus dan ikan masin sahaja? Atau adakah ikan masin itu telah diperap dengan arsenic? Adakah peminat makanan laut di Malaysia ini keseluruhannya mempunyai kandungan arsenic yang begitu tinggi? Sudahkah beliau melakukan ujian kandungan arsenic dalam tubuh rakyat Malaysia berpandukan diet yang kerap diambil? Atau cara pemakanan rakyat Malaysia? Sudahkah dikaji kadar kandungan arsenic penggemar makanan laut dan vegetarian? Pernahkah beliau membuat kajian kandungan arsenic di dalam bahan-bahan biologi?
Beliau ini tidak ubah seperti Lim Kong Boon, Chemist dari Jabatan Kimia, mengaku pakar dalam bidang yang dikuasai oleh mereka. Mereka berdua sebenarnya adalah manusia yang menjadikan sains sebagai mata pencarian tetapi tidak berlandaskan prinsip-prinsip sains. Mudah dibeli !
Mereka berdua ini hanya layak memeriksa kandungan DNA dan arsenic dalam tubuh dugong sahaja, kerana Dugong tidak akan mencabar mereka! Alahai Sukiman Sarmani, bacalah artikel yang ditulis oleh Dr. Zulkifli Ahmad dalam Harakah. Tulisannya berdasarkan kepakaran beliau dalam bidang Toxicology. Saya ulang wahai Sukiman, Dr. Zulkifli Ahmad itu adalah PAKAR dalam bidang Toxicologi! Semoga dengan membaca artikel Dr. Zulkifli Ahmad itu akan membuka mata kamu…. Lihatlah graf yang telah diplotkan… lihatlah jangkahayat arsenic dalam tubuh badan.
Janganlah malu belajar dari pakar Toxicologi yang sebenarnya. Bukalah mata kamu dan jangan cuba menipu 22 juta rakyat Malaysia. Kamu harus ingat, sebahagian dari 22 juta itu adalah orang yang berpendidikan! Tidak puas dengan menipu melalui kaca TV3 ¼, kamu masih cuba meyakinkan orang-orang disekeliling kamu atau yang kamu temui dengan memberitahu kononnya arsenic dalam tubuh DSAI adalah melalui makanan.
Kami mendengar pembohongan kamu tetapi tidak bermakna kami mempercayai kamu. Kami sebenarnya menilai kecerdikan kamu dan hasilnya, kami dapati kamu memang layak digelar Profesor Kangkung.Kamu ini hanya memalukan UKM - menempah nama atas penderitaan orang lain dan cuba menipu anak bangsa !