Oleh kerana mahu mempercepatkan segala urusan dan kepentingan kroninya, Kumpulan EmKay Bhd. yang diamanahkan untuk melaksanakan sekim perumahan kos rendah rakyat di negeri ini membelakangkan beberapa prosedur Jabatan-jabatan dan agensi Kerajaan yang terbabit.
Antaranya, ialah mendirikan rumah-rumah tanpa membayar terlebih dahulu premium yang diluluskan. Begitu pula dengan pelan perancangan dan pembangunan bagi perumahan yang terlibat, tidak dirujuk kepada Majlis Bandaraya Ipoh terlebih dahulu.
Jelas kepada jabatan dan agensi kerajaan bahawa Kumpulan EmKay Bhd seolah-olah menunjukkan 'keras kepala', apalagi setelah beliau diistilahkan sebagai kroni Maha Firaun dan Ramli Marcos. Bagaimana pun kerana kroni, maka jabatan kerajaan dan agensi berkenaan tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menyimpan perasaan 'dendam kesumat' di hati para pegawainya.
Minda Rakyat percaya kroni sebegini akan terhukum, apabila sampai saat kerajaan BN runtuh dan beralih tangan kepada kerajaan baru Alternatif.
Kumpulan Emkay Bhd telah diarahkan untuk menjalankan perumahan kos rendah rakyat di Taman Bercham Jaya, Taman Bercam Raya dan Taman Ulu Kinta, 'kununnya' sebagai memenuhi permintaan perumahan kos rendah rakyat di negeri Perak.
Lebih 15,000 setinggan di Lembah Kinta masih belum mempunyai sebarang tapak rumah, meskipun ada di antara mereka sudah 'meninggan' lebih 20 tahun lalu.