BUKAN SEKALI, DUA!!!

Lanjutan kepada penangkapan Datuk Mohd Zaim Abu Hassan Exco Ugama dalam Kerajaan Negeri Perak.

Maklumat yang diterima mengatakan bahawa perbuatan 'sumbang' seumpama itu telah berlaku secara berulangkali. Malahan beliau pernah berkata di kalangan sahabatnya yang rapat bahawa jangan mengaitkan beliau sebagai seorang exco ugama apabila mereka berada di luar negeri Perak.

Ini bertujuan kemungkinan beliau mahu sebebasnya mengikut nafsu kelakiannya!!!

Peristiwa penangkapan itu mengikut informer berkenaan adalah setelah beberapa kali beliau menyaksikan Datuk Zaim membawa perempuan bersamanya ke destinasi berkenaan. Beliau merasa bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Jabatan Agama Islam kerana mensyaki reaksi yang dilihatnya berlaku semasa peristiwa dalam perjalanan ke destinasi berkenaan.

Pangkor Laut hanya dihubungi oleh jalan air dan mesti menggunakan bot untuk sampai ke sana. Menyangkakan tidak mudah bagi PM (Pencegah Maksiat) untuk sampai ke tempat itu, maka memang ramai yang berani mengambil kesempatan atas dasar 'melancong', melencong bersama beberapa perempuan idaman masing-masing.

Daerah Manjung hampir terkenal sebagai pusat pelancongan di negeri Perak, sekaligus menjadi tumpuan manusia berkunjung melakukan maksiat di sana. Bagaimana pun atas kecekapan Pejabat Agama Islam Daerah Manjung dan imbuhan yang lumayan bagii para informer, maka lebih ramai akan ditangkap selepas ini!