KENALI SATU FITNAH BARU UMNO!!

SENATOR FAEZAH ABU KASSIM yang baru dilantik semasa dalam pergolakan pimpinan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia beberapa bulan lalu, mengetuai barisan pemfitnah UMNO di kawasan Lembah Kinta.

Dalam majlis perjumpaan Wanita UMNO Bahagian Tambun di Dewan Orang Ramai, Batu 9, Jalan Ipoh - Chemor, beliau secara terang-terangan memfitnah PAS dengan mengatakan bahawa PAS Negeri Perak termasuk Kawasan Tambun sudah mengedarkan risalah merayu undi kepada penduduk-penduduk tempatan.

Menurut Senator Faezah Abu Kassim, dalam perjumpaan seramai kira-kira 30 orang itu, antara kandungan surat rayuan itu ialah pelawaan 'masuk syurga' jika sekiranya penduduk mengundi PAS dalam pilihanraya umum akan datang.

Pimpinan PAS Kawasan Tambun sudah mengesahkan bahawa PAS Kawasan Tambun tidak terlibat dengan pengedaran surat rayuan tersebut. Sebaliknya mereka tidak menolak kemungkinan bahawa perbuatan itu dilakukan sendiri oleh ahli UMNO sebagai serangan fitnah terhadap PAS.