KAJIAN PEMBOHONG WANITA UMNO!!

Kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman yang mendakwa 50 hingga 60 peratus pengundi wanita di seluruh negara memihak kepada Barisan Nasional (BN) disifatkan sebagai 'bohong politik pertama' wanita UMNO menjelang pilihanraya ke 10 akan datang.

Kajian yang didakwa oleh Sr. Siti Zaharah juga dikatakan tidak menyeluruh kerana ramai wanita-wanita UMNO di peringkat negeri menyatakan mereka tidak tahu menahu berhubung dengan kajian itu. Memang benar mereka adalah ahli UMNO sebelum ini, tetapi setelah mereka menyertai KeADILan, mereka tidak didatangi oleh sesiapa pun bagi merayu undi.

Justeru itu kenyataan Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu disifatkan sebagai bohong kerana ahli-ahli UMNO sendiri telah keluar beramai-ramai menyertai KeADILan. Bagaimanakah statistik itu diperolehi sangatlah meragukan kami, kata seorang wanita bekas UMNO Bahagian Tambun yang kini sudah berada dalam KeADILan.

Dakwaan Dr Siti Zaharah mengatakan hampir keseluruhan negeri telah menamatkan tahap pertama mengesan dan mendapatkan butir-butir pengundi itu sangat diragukan kerana jika beliau maksudkan senarai pengundi memang ada dijual oleh pihak SPR negeri dalam bentuk CD berharga RM100.