UMNO ANJUR PERHIMPUNAN AHLI-AHLI SYURGA

Senator Faezah Abu Kassim yang baru dilantik kira-kira dua bulan lalu mendakwa UMNO menganjurkan perhimpunan untuk 'ahli-ahli syurga'.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam perjumpaan dengan wanita UMNO Cawangan Batu 9, di bawah Parlimen Tambun pada 16 Oktober (semalam).

Dalam perjumpaan itu, Senator Faezah mendakwa ahli syurga sedikit bilangannya. Justeru itu siri ceramah UMNO memang di kalangan ahli-ahli syurga termasuk perjumpaannya di hari tersebut yang hanya dihadiri oleh 30 orang sahaja.

Sebaliknya Senator Faezah berkata ceramah pembangkang hari ini dihadiri oleh puluh ribuan orang dan kerana mereka ramai mereka adalah ahli neraka.