Ketika mempertahankan keputusan kerajaan untuk meneruskan pembinaan litar F-1 di Sepang awal tahun ini, PM Maha Firaun berkata, gelanggang lumba di Sepang itu akan membawa hasil sebanyak RM500 juta selepas ianya mula beroperasi dalam bulan Oktober 1999.
Kini saat yang ditunggu menjelang tiba. Sebagai rakyat Malaysia kita menunggu apakah perbelanjaan RM286 juta dalam kegawatan ekonomi itu membawa sebahagian hasil untuk memperbaiki kemerosotan ekonomi negara.
Mampukah angka RM500 juta itu diperolehi bagi menggantikan pelaburan RM286 juta yang dikorbankan oleh rakyat bagi melaksanakan projek mewah di saat kita kesempitan. Dan akhirnya kita akan menentukan benarkah beliau sebagai Bapa Pembohong Negara.