Benar bahawa rakyat ingin menyaksikan siapakah sebenarnya pembohong dan pemfitnah. Jika kerajaan BN mengatakan bahawa Kerajaan PAS Kelantan melakukan kezaliman ke atas rakyatnya, maka rakyat di negeri lain ingin menyaksikan apakah itu satu tuduhan atau realiti sebenar.
Maka rombongan kaum Cina di merata-rata kem Cina di seluruh negara diatur untuk melancong dan melawat negeri Kelantan. Beratus malahan ribuan bas sudah kembali semula ke kem masing-masing. Mereka sudah menyaksikan bahawa memang tiada bangunan sehebat Menara Kembar Petronas di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Juga tiada peluang yang terbuka untuk sebahagian rakyat sahaja.
Temubual mereka dengan kaum Cina Kelantan juga menyaksikan bahawa kaum bukan Islam lebih redho dan aman tinggal di bawah naungan pemerintahan Islam Kerajaan PAS, meskipun perlaksanaan hudud belum sempurna keseluruhannya. Amat kurangnya bilangan jenayah dan hidup dalam sejahtera dan tenang sekali. Setiap projek yang dilaksanakan adalah untuk memenuhi keperluan rakyat. Tiada didirikan bangunan yang mega tetapi kosong tiada berpenghuni.
Akhirnya lebih ramai kaum Cina di kem kampong baru di seluruh negara terpikat dan tertawan dengan cara pemerintahan Tuan Guru yang sederhana dan menjamin kesempurnaan kehidupan rakyat. Hasilnya kini, pengaruh PAS begitu menular di kebanyakan kem Cina di seluruh negara, terutamanya yang sudah menyertai rombongan ke negeri pimpinan PAS Kelantan. Mereka tahu kini siapa yang berbohong!!!