LAGI ADUN BN DI KANCAH MAKSIAT!!!

Kira-kira seminggu lalu, seorang lagi ADUN Kerajaan BN Perak ditangkap dalam serbuan oleh pegawai pencegah maksiat JAIP di sebuah hotel terkemuka di bandaraya Ipoh.

ADUN Semanggol, Saikidol Mohd Noor diserbu oleh pegawai pencegah maksiat ketika berduaan dengan pelacur dalam bilik hotel berkenaan. Bulan Oktober sahaja sudah menyaksikan dua ADUN Kerajaan BN terperangkap dalam kegiatan maksiat yang memalukan umat Islam negeri ini.

Terdahulu, ADUN Belanja merangkap EXCO Ugama Islam Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hj. Mohd Zaim Abu Hassan diserbu oleh pencegah maksiat ketika bersama pelacur di Pangkor Laut Resort.