Sebagaimana kejayaannya menyembunyikan perbuatan maksiatnya dua minggu lalu dan mengenakan tekanan ke atas Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), maka Datuk Hj. Mohd Zaim Abu Hassan, selaku exco ugama Islam Kerajaan Negeri Perak sekali lagi mengarahkan supaya JAIP menutup rekod penangkapan ADUN Gunung Semanggol Saikidul Mohd Noor.
Saikidul Mohd Noor diserbu oleh pegawai pencegah maksiat di sebuah hotel terkemuka di bandaraya Ipoh (dipercayai Causarina Hotel), berdasarkan aktiviti berpolitik yang seringkali diadakan di hotel berkenaan.
Bagaimana pun tekanan diberikan ke atas JAIP supaya tidak mendakwa atau merekodkan kesalahan yang dibuat ke atas Datuk Hj. Mohd Zaim dan Saikidul Mohd Noor. Demikianlah kejayaan kerajaan BN yang menutupkan kesalahan ke atas kroni mereka dan diri mereka sendiri.
Rakyat negeri Perak diseru menilai kembali maruah diri dan perjuangan serta pandangan mereka terhadap kerajaan BN pimpinan Ramli Marcos. Kezaliman yang berleluasa serta agenda maksiat di kalangan pimpinan negeri ini memungkinkan 'bala' Allah akan sampai yang tidak mengenal diri dan siapa kita. Nau'zubillah!!
Wallahua'lam...