Dakwaan UMNO: Mursyidul Am Pas pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sanggup bersekongkol dengan sesiapa sahaja walaupun syaitan asalkan dapat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.
Pas pernah mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan MCA . Kini PAS bersekongkol dengan DAP. Apakah bezanya? Ini bermakna sebenarnya Pas gilakan kuasa bukannya memperjuangkan Islam. Mempergunakan nama Islam untuk kepentingan parti. Telah terbukti MCA menghormati hak-hak dan sensitiviti umat Islam di negara ini tapi adakah mereka pasti dengan pendirian DAP? Sebelum memerintah sudah timbul percanggahan apatah lagi apabila memerintah kelak pasti negara huru hara kerana kuasa sudah ditangan dan perasaan tamak akan menguasai diri serta falsafah perjuangan yang berbeza dan rapuh. Renunglah ayat-ayat Al- Quran tersebut:
"Dan sesiapa yang tidak mengindahkan dirinya dengan mengingati (Tuhan) Yang Melimpah-limpah Rahmatnya, kami akan adakan baginya syaitan untuk
menjadi teman rapat baginya (yang menghasut)".
(Surah Zukhruf Ayat 36)
"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua-dua ibubapa kamu dari syurga, sambil
ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka bedua untuk memperlihatkan kepada mereka berdua aurat mereka: kerana syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan
keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka: Sesungguhnya kami telah menjadikannya syaitan-syaitan itu teman rapat (hanya) bagi orang-orang yang
tidak mempunyai keimanan".
(Surah Al-Araf Ayat 27)
"Dan berkatalah syaitan setelah selesai perkara itu, sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku juga telah
berjanji, tetapi aku mungkir janjiku itu kepada kamu. Dan tiadalah aku mempunyai sebarang kuasa dan alasan selain daripada aku mengajak kamu, tetapi
kamu terburu-buru menurut ajakanku itu: maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkanlah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan
kamu tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya (dari dulu lagi) aku telah kufur ingkar (Perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku dengannya.
Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mesti beroleh azab yang tidak terperi sakitnya."
(Surah Ibrahim Ayat 22)
"dan makanlah dari rezeki yang telah dikurniakan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik; tetapi bertakwalah kepada Allah yang kepadanya
sahaja kamu beriman".
(Surah Al-Ma'idah Ayat 91)
"Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka, dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan dan hasrat yang
kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah (yang
indah). "Sesiapa mengambil syaitan menjadi teman rapat selain daripada Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata".
(Surah An-Nisa' Ayat 119)
"Wahai sekelian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik. Dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana
sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang lagi nyata bagi kamu".
(Surah Al-Baqarah Ayat 168)
"Dan sesungguhnya (syaitan-syaitan itu) tetap menghalangi mereka dari jalan (yang lurus), tetapi mereka adalah orang-orang yang mendapat
hidayat petunjuk".
(Surah Al-Zukhruf Ayat 37)
"(Keadaan kaum Yahudi itu) samalah seperti orang-orang dari suku Yahudi juga yang terdahulu sedikit dari mereka yang telah merasai akibat yang
buruk (di dunia ini) dengan sebab bawaan buruk mereka itu, dan mereka pada (dalam Alam Akhirat) akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
(Surah Al-Hashr Ayat 15)
"Sesungguhnya perbuatan berbisik-bisik (untuk melakukan kejahatan) adalah hanya perbuatan (yang didorong) oleh (hasutan) syaitan untuk
menimbulkan dukacita ke atas orang-orang Yang Beriman; tetapi ia tidak boleh memudaratkan mereka sedikitpun, melainkan dengan izin Allah; dan kepada
Allah jualah hendaklah orang-orang beriman berserah diri".
(Surah Mujadilah Ayat 10)
"Dan kami tentukan untuk mereka teman yang rapat (yang mempunyai kejadian yang seperti mereka), lalu teman itu memperhiaskan kepada mereka apa
yang ada dihadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, dan hukuman (azab) dalam kalangan jin dan manusia, telahpun menjadi tetap ke atas
mereka; kerana sesungguhnya mereka adalah golongan yang sehabis-habis binasa".
(Surah As-Fussilat Ayat 25)
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan, kerana sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap
kamu?"
(Surah Yasin Ayat 60)
"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya). Sebenarnya dia hanyalah mengajak
golongannya supaya mereka menjadi golongan dari penduduk Neraka".
(Surah Fatir Ayat 6)
"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi
Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah kafir (dengan amalan
sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil
(Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini
hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya". Dalam pada itu, ada juga orang-orang
mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padalah mereka tidak akan dapat sama sekali
memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya
membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang
memilih ilmu sihir itu tidaklah bagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri
mereka, kalaulah mereka mengetahui".
(Surah Al-Baqarah Ayat 102)
"Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam",; lalu mereka sujud melaikan iblis;
ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap Tuhannya. Oleh itu, patutlah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai
sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaKu? Sedangkan mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang
zalim: pengganti yang mereka pilih itu".
(Surah Al-Kahfi Ayat 50)
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi
orang-orang yang melihatnya".
(Surah Al-Hijr Ayat 16)
"Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang".
(Surah Al-Saafaat Ayat 6)
"Dan (kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka):"
(Surah Al-Saafaat Ayat 7)
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan
bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang".
(Surah Al-Mulk Ayat 5)
"Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu berserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar,
kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut dikeliling neraka jahanam".
(Surah Maryam Ayat 68)
"Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian
yang tertentu (untuk menjadi pengikutku)".
(Surah An-Nisa' Ayat 118)
"Allah berfirman: "Apakah makna yang menghalangmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?"Iblis menjawab: "Aku lebih baik
daripada Adam, Engku (wahai Tuhan) jadikan daku dari api, sedang dia Engkau jadikan dari tanah".
(Surah Al-A;raaf Ayat 12)
"Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan
yang kena rejam".
(Surah An-Nahl Ayat 98)
"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada
Tuannya".
(Surah Al-Isra' Ayat 27)
"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa
mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)".
(Surah Al-Furqan Ayat 29)
ULASAN MINDA RAKYAT
Kerjasama PAS - DAP - ADIL - PRM (atau jika mahu dirujuk kenyataan kerjasama PAS-DAP sahaja) ianya amat berlainan sekali dengan kerjasama BN-MCA.
Pertama BN tidak pernah sesekali berniat untuk menegakkan negara Islam iaitu melalui perlaksanaan undang-undang, peraturan dan hukum hakam Islam. Sedangkan PAS disebaliknya siang dan malam mahu berjuang menegakkan negara Islam kerana ia disamping itu atas perintah Allah, perundangan Islam menjamin keadilan dan hak seseorang rakyat dalam sebuah negara.
Walau pun DAP tidak bercita-cita mengujudkan sebuah negara Islam, tetapi demokrasi yang diperjuangkan oleh DAP ialah bagi menjamin keadilan dan hak seseorang rakyat dalam sebuah negara. Ini bererti sebahagian dari cita-cita DAP adalah dalam perjuangan PAS. Cuma perjuangan PAS lebih menyeluruh dengan ertikata lain mendirikan sebuah negara Islam.
BN/MCA punyai perjuangan yang sama iaitu menolak hudud ertinya tidak mahu negara Islam. Mereka sama-sama menjaga kroni masing-masing dan hidup rakyat tersiksa. Tiada jaminan keadilan dan kebebasan bersuara. Buktinya demontrasi rakyat dituduh perhimpunan haram!
Jika PAS dituduh gila kuasa itu mungkin keterlaluan. Tetapi hakikatnya PAS memang memerlukan kuasa iaitu undi rakyat bagi merealisasikan segala impian dan cita-cita Allah s.a.w. dan cita-cita orang mukmin iaitu mendirikan sebuah negara yang diperintah oleh Allah. TIDAK MUNGKIN PAS MELAKSANAKAN SEGALA CITA-CITA INI TANPA KUASA!!! Justeru itu rakyat haruslah mengundi PAS.
Sekiranya seseorang ingin membantu melaksanakan hukum Islam dan segala cita-cita dan perjuangan Islam, maka ini sangat dialu-alukan oleh PAS. PAS tidak akan memandang pangkat, darjat atau warna kulit. Jika syaitan sekalipun ingin mendirikan negara Islam, maka kita wajarlah mendokong cita-cita Allah.
Sebaliknya jika bapa saudara sendiri menentang Islam sebagaimana tentangan Abu Jahal dan Abu Lahab maka mereka juga harus diperangi. Musuh Islam harus diperangi!!!