NYATAKAN PULANGAN F1

PM Maha Firaun berkata, penganjuran kejohanan lumba kereta Formula One (F1) yang berakhir semalam turut mendatangkan hasil sampingan secara tidak langsung kepada golongan miskin.

Menurutnya lagi, apa juga yang menolong membangunkan negara akan memberikan hasil sampingan yang berguna kepada golongan miskin terutamanya daripada segi pelaburan dan pelancongan.

Justeru itu Minda Rakyat mendesak pihak kerajaan mengumumkan pulangan kepada acara F1 yang berakhir semalam dalam ertikata pulangan spontan.

Jika F1 mahu dikaitkan dengan pelancongan, kemungkinan itu tidak menambahkan jumlah hasil negara kerana pelancong tak mungkin datang pada masa F1 tidak berlangsong.