Kedudukan peratusan pengundi Melayu kali ini cukup berbeza dan memberangsangkan, apabila dalam kajian yang dilakukan berjanji komited mengundi Barisan Alternatif. Peratusan itu belum mengambilkira undi kaum Cina yang pastinya akan merekodkan kecemerlangan undi BA pada pilihanraya umum kali ini.
Umpamanya, bilangan pengundi Melayu di Parlimen Tambun sudah mencapai tahap 47 peratus. Ini tidak termasuk undi Cina di beberapa buah kem yang komited kepada PAS.
4 buah Parlimen lagi yang mengalami undian tertinggi melebihi tahap ini ialah Parit Buntar, Pasir Salak, Larut dan Gunung Semanggol.
Fakta ini diberikan oleh seorang AJK PAS Kawasan yang enggan namanya disiarkan.