APA MAKSUDNYA POLIS YANG SEBEGITU RAMAI?

Kadar 700 anggota polis akan dihantar ke Kelantan bagi pilihan raya umum akan datang sebagaimana diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai bagi melancarkan proses pilihan raya dan menjamin ketenteraman awam perlu, perhatian pihak tertentu.

Apatah lagi penambahan anggota dari luar Kelantan itu akan membabitkan anggota daripada Pasukan Gerak Am, Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan Unit Mencegah Rusuhan (PORU). Apakah Kelantan negeri yang paling tidak selamat bagi menghadapi pilihanraya atau ada muslihat tertentu.

Ini adalah juga kerana ada negeri yang tidak melibatkan tambahan anggota keselamatan. Penghantaran anggota pasukan keselamatan yang sebegitu ramai dilihat sebagai usaha kerajaan memprovokasi Kerajaan PAS Kelantan dan rakyat negeri itu.