Pengerusi DAP, Encik Chen Man Hin, berkata bahawa kerajaan BN mungkin hendak "menakut-nakutkan orang bukan Islam dengan kemungkinan terbentuknya negara Islam" jika PAS berkuasa.
Setiausaha Agung DAP, Encik Lim Kit Siang, pula berkata gabungan pembangkang yang dipanggil Barisan Alternatif mempunyai "peluang yang tidak pernah terduga untuk membuat kemajuan besar".
Para pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang mengadakan pakatan dengan tiga parti pembangkang lain, berkata matlamat mereka ialah untuk menafikan Barisan Nasional (BN) daripada memenangi dua pertiga majoriti yang dimilikinya selama tiga dekad.
Mengakhiri penguasaan politik Barisan Nasional selama 42 tahun, kata beliau, akan dapat membantu membina "sebuah Malaysia baru berdasarkan keadilan, kebebasan dan kerajaan yang jujur".